29 July 2021

'AKU TAK MENTAL' - INI PANDANGAN SAKINAH: "KURANGKAN MENGHUKUM ORANG LAIN"



"Sehingga ke hari ini, saya masih lagi tidak berani untuk bercerita masalah saya dekat orang sebab saya rasa masyarakat atau mentaliti komuniti kita masih belum lagi sampai tahap bersikap terbuka atau untuk mendengar. Orang kita lebih suka bercakap daripada untuk mendengar, saya punya persekitaran macam tu. Tapi bila kita mahu bercerita dengan keluarga atau kawan, mereka tidak tahu apa itu masalah mental.

"Kita tidak tahu apa yang orang lain alami, kadang-kadang bila kita tengok orang bercerita dekat media sosial seperti Instagram dan sebagainya kita kena menerima dengan terbuka. Saya rasa kalau sesiapa sahaja yang bercerita, bukan sahaja untuk orang menghidap penyakit mental tapi untuk semua orang. Bila orang lain bercerita tentang masalah tolong jangan menjawab.

"Kita kena dengar, terima dan bagi nasihat walaupun kita dengar cerita yang pelik sekalipun. Kurangkan untuk menghukum orang lain," ujar pelakon Sharifah Sakinah yang baru-baru ini telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk membincangkan topik mengenai masalah kesihatan mental yang bertajuk 'Aku Tak Mental' menerusi rancangan bual biacara Wanita Hari Ini di TV3.

Klik untuk gambar besar



Menerusi perbincangan yang diadakan secara virtual itu, Sakinah mengakui dia ada menerima persepsi negatif daripada masyarakat terhadap masalah kesihatan mental yang dialaminya. Jelasnya, ada segelintir masyarakat yang masih lagi tidak bersikap terbuka dan kurang memberikan sokongan buat pesakit yang berdepan kesihatan mental.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri 'Aku Yang Kau Gelar Isteri' ini menyarankan kepada semua untuk bersikap terbuka menerima dan menjadi seorang pendengar yang baik bukan sahaja kepada pesakit mental malah kepada semua orang.

Untuk makluman, adik kepada pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah ini pernah memaklumkan dia mengalami masalah kesihatan mental dan telah disahkan menghidap penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif, pada tahun 2019.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: