29 July 2021

DIKECAM 'BACKUP' INFLUENCER - ERMA FATIMA TAMPIL BERSUARA



"AKU TAK SUKA NAK JAWAB SEGALA KUTUK DAN MAKIAN KALIAN! AKU TAK KISAH DAN AKU TAK PEDULI PUN SEBENARNYA. Aku lebih peduli pada NASIB BANGSA AKU YG MEREMPAT! Gelandangan itu penghuninya lbh kurang 80 org dr umur 30-60 tp kes pakcik ni special. Semua ada cerita. Dari penagih, banduan, hilang keluarga dan mereka hanya d benarkan utk tinggal disitu 2 minggu ke 3 bulan sahaja. Itu bkn RUMAH TUMPANGAN. Itu rumah transit saja.

"Mereka di bantu SEPENUHNYA oleh kerajaan. Makan tanggung berak cangkung yer! Sampaikan urusan vaksin pun di uruskan okeh penyelia rumah itu. Tak cukup dgn itu, pihak pengurusan carikan kerja. Connect kan mereka dgn majikan. NAMUNNNNN.. tak semua nak ubah hidup. SERONOK hidup yg di tanggung semua ni. Tk pyh fikir nk byr sewa rumah.. nk byr makan.

"Ada juga diantara mereka yg celik mata jer bila suruh kerja cakap yg dia org dh selesa duduk kt situ. Tak pyh nk fikir apa. Sampai bila kerajaan nk tanggung? Apa usaha mereka untuk ubah hidup mereka? Ada yg nk saman pulak rumah tu kalau lps 3 bulan di suruh keluar. 10 orang satu jerlh yg ada impian nk ubah hidup. Ini kata penyelia kt situ. Kalau dah begitu mentalitinya.. nak suruh budak tu cakap lemah lembut je ke? Mungkin suara dan tonasi dia agak kasar tapi budak tu cakap dpn 80 orang yg berumur 30-60 tahun.

Klik untuk gambar besar



"Pakcik tu yg volunteer kedepan dan dia di jadikan contoh kpd penghuni yg kt dpn tu kalau tk nk ubah hidup.. tk nk usaha cari kerja.. takan sampai dah tua nk duduk situ. INILAH MENTALITI ORANG KITA! HANYA TAHU NK CARI SALAH ORANG AJA! DEBANG DEBUNG KAU MAKI AKU.. HANYA KERANA AKU KATA DIA TAK SALAH. TAPI bahasa kau orang lagi TAK BERADAB dari budak tu. Aku tak kenal sapa dia.. bukan sedara mara aku pun TAPI aku hargai usaha dia nak membentuk mentaliti GELANDANGAN ni.

"Walaupun cara dia mungkin kasar dan tegas tapi KITA ADA KE KAT SITU UNTUK KITA JUDGE SITUASI KETIKA ITU? Macam kita cakap kt anak kita... sekali kita tegur.. dia tak buat.. dia bagi alasan demi alasan. Rasanya kedua kali kita tegur dah tentu tonasi kita akan naik. Peribahasa kata masuk kandang kambing mengembek..mungkin silap dia mengembek dan letak kt sosial media untuk org cari salah dia. PADA YG MAKI HAMUN AKU TU..NO PROBLEM AKU DAH MAAFKAN," itulah kata pelakon dan pengarah Erma Fatima.

Erma berkata demikian selepas pendapatnya menerima kecaman apabila ramai yang meluahkan rasa kurang setuju dengan tindakan yang seakan 'backup' usahawan yang juga influencer media sosia yang meninggikan suara kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.



Baru-baru ini, tular video seorang influencer bernama Carl Samsudin meninggikan suara kepada seorang warga emas sehingga menerima pelbagai reaksi netizen dan juga selebriti tempatan yang meluahkan rasa kesal dengan tindakan influencer tersebut.

Ketika ramai yang 'panas hati' dengan usahawan tersebut, peguam yang mewakilinya, Emma Sakira, tampil menjawab isu yang melingkari anak guamnya itu. Menjelaskan lebih lanjut, Emma berkata anak guamnya memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi bertajuk 'Ubah Hidup' kepada 20 orang gelandangan di pusat transit tersebut pada Selasa lalu.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian Erma yang mempunyai pandangan berbeza, ketika orang ramai tidak putus-putus melahirkan rasa marah terhadap seorang usahawan kerana disifatkan berkelakuan biadab terhadap seorang warga emas.



Berulang kali menonton video itu, Erma berkata, dia tidak melihat influencer dikenali sebagai Carl Samsudin itu bersikap biadab sebaliknya hanya ingin memberi motivasi kepada gelandangan terutama anak muda. Pernah berdepan dengan gelandangan bermasalah, pelakon berusia 53 tahun ini beranggapan segelintir mereka sememangnya memerlukan teguran keras untuk mengubah nasib kehidupan mereka.

"Saya bukan setuju dengan tindakan dia tapi saya tak nampak dia biadab atau kurang ajar. Lain la kalau dia guna perkataan kesat atau kasar. Saya tengok video itu berulang kali sebelum nak beri komen. Bagi saya, itu cara dia nak beri motivasi kepada golongan gelandangan terutama anak muda. Dia hanya jadikan pakcik itu sebagai contoh untuk anak-anak muda yang memilih untuk menjadi gelandangan.

"Saya faham pakcik itu orang tua dan mungkin cara individu itu ada kasar sikit. Tapi saya melihat dia sebagai seorang yang sedang beri motivasi, dia cuma lantang dan tegas. Sebab ada kalanya, nak beri motivasi dekat orang gelandangan ini kalau cakap lembut... tak jalan. Saya pernah berdepan dengan orang gelandangan, jadi saya tahu perangai mereka macam mana," katanya.



Sebelum ini, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali itu menyuarakan pendapatnya mengenai video membabitkan influencer media sosial itu di Instagram. Dalam pada itu, pelakon drama 'Mak Cun' ini berharap semua pihak tidak hanya menonton video itu daripada satu sisi sahaja tanpa menilai perkara lain.

"Aku dapat rasa apa yang dia rasa masa bagi talk ini. Aku juga faham apa yang pakcik tu rasa. Cuma ada waktunya orang kita ni kena gegar sikit untuk bangunkan daripada tidur. Mungkin cara dia ganas sikit. Apa yang dilakukan individu itu hanya untuk beri motivasi agar anak-anak muda boleh mengubah nasib tanpa perlu memilih menjadi gelandangan. Kita tak boleh hanya melihat pakcik itu sahaja... kalau anda tengok video itu betul-betul, ada ramai anak-anak muda gelandangan di situ.

"Ramai anak muda sekarang memilih untuk jadi gelandangan. Sedangkan mereka boleh bekerja tapi pemalas. Mungkin orang melihat individu itu muda dan tiada adab bercakap dengan orang tua seperti itu. Tapi itulah cara orang beri motivasi. Netizen hanya nampak individu itu kurang ajar tapi kita tak berada di situ dan tak tahu perangai sebenar segelintir gelandangan macam mana... ada yang pengotor dan pemalas," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: