"Kita tidak goyang langsung, tiada ugutan-ugutan macam @*********. Tunggu @pdrmsia_offical Insya-Allah. Nanti kita sampai Kuala Lumpur Caprice tunggu awak depan pagar. Caprice mohon @malaysiaairlines periksa cef ini, pastikan pisau itu tajam sikit jangan guna pisau plastik," demikian tulis penyanyi rap, Caprice.
Susulan kemelutnya dengan pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew, ramai yang kurang senang dengan Caprice sehingga ada yang mengugut untuk membunuhnya.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Caprice dilihat ada memuat naik mesej berbaur ancaman menggunakan nama @fik_jamal yang dipercayai merupakan seorang 'chef'. Tidak gentar dengan ugutan tersebut, Caprice berkata dia sama sekali tidak takut.
Semalam, menerusi satu perkongsian Caprice berkata dia tidak akan berdiam diri lagi memandangkan banyak ugutan diterimanya. Menurut Caprice, dia akan tampil mempertahankan diri serta menerangkan satu demi satu pertuduhan yang disifatkan sebagai fitnah.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment