29 July 2021

BERTEMU WARGA EMAS MANGSA SIKAP 'BIADAP' - PUTERI SARAH RASA SEBAK



Menerusi muat naik video di laman Instagram, pelakon Puteri Sarah Liyana telah berkongsi video dia berjumpa dengan lelaki warga emas yang menjadi mangsa sikap biadap seorang ahli perniagaan di sebuah pusat transit gelandangan di sini, seperti yang tular, semalam.

Puteri Sarah, 36, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik saja bertemu bertemu dengan lelaki berusia 64 tahun itu di pusat transit gelandangan itu, hari ini. Puteri Sarah berkata, lelaki itu mengakui malu dengan apa yang berlaku.

"Alhamdulillah, syukur saya berkesempatan jumpa pakcik ini. Pakcik ni memang sedih dan malu sangat dengan apa yang berlaku. Sempat dia meluahkan perasaan. Pakcik tu sudah 64 tahun.

"Bayangkan kalau ibu bapa kita kena 'sound' macam itu? Saya cakap, ramai yang sayang pakcik dan hargai pakcik serta mendoakan pakcik. Rakyat Malaysia memang marah dengan tindakan lelaki itu kerana tindakannya sangat biadap," katanya.

Menurut isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof itu, kekayaan dan pangkat yang ada pada diri seseorang bukan jaminan untuk berkelakuan biadab dengan orang lain.

Klik untuk gambar besar



"Walau sekaya mana kita, sehebat mana kita janganlah kita kurang ajar dengan orang tua. Ingat kita bukannya selalu di atas nanti kita akan di bawah juga," ujarnya.

Rakaman video yang tular itu menunjukkan lelaki itu sedang mempersoalkan warga emas berkenaan adakah dia menyesal kerana tidak berusaha dan malas sewaktu muda sehingga menjadi gelandangan.

Difahamkan, individu terbabit bersama beberapa rakan ke pusat transit gelandangan itu untuk menyampaikan bantuan sebelum mengambil kesempatan menyampaikan ceramah motivasi kepada gelandangan. Sementara itu, lelaki terbabit sudah menyatakan permohonan maaf secara terbuka melalui Instagram, hari ini.

Katanya, dia tidak berniat menghina sesiapa dan hanya mahu membantu golongan itu mengubah kehidupan selain tidak terfikir ada elemen kurang baik daripada rakaman video berkenaan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: