29 July 2021

IFAN SEVENTEEN REDA UJIAN IVF ISTERI GAGAL



"Tipulah kalau tak sedih dan kecewa. Doktor tidak menyarankan kami untuk teruskan rawatan IVF kerana embrio tidak berkembang dengan baik. Kami reda dengan ketentuan ini. Tak tahu nak gambarkan kalau sudah ada janin dalam perut dan ia tidak berhasil. Pasti lebih sedih," kata bekas penyanyi kumpulan Seventeen, Ifan.

Impian Ifan dan isterinya, Citra Monica untuk mempunyai cahaya mata hampa apabila rawatan bayi tabung uji atau persenyawaan in vitro (IVF) yang dijalankan gagal. Ifan berkata, pemindahan embrio ke rahim Citra tidak berkembang dengan baik.

Menurut Ifan, dia reda namun percaya pasti ada hikmah di sebaliknya. Tambah Ifan, walaupun rawatan IVF kali ini tidak berjaya, namun Citra tidak serik untuk melakukan program bayi tabung uji pada masa mendatang.

"Alhamdulillah isteri saya kuat dan mahu ikhtiar lagi. Mungkin pada masa akan datang kami akan melakukan persiapan dengan lebih teliti," katanya.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: