09 July 2021

FIZIKAL HAFIZ SUIP 'BERUBAH' BUKAN KERANA SAKIT ATAU 'BODY SHAMING'



"Assalamualaikum, ini haaaa sikit lagi nak kembang ni tunggu gim buka. Sihat dan sakit kita ni Allah SWT yang tentukan bukan siapa-siapa yang tentukan walau diri kita.

"Setakat ini Alhamdulillah ok guys, dah jangan fikir banyak. Kita teruskan usaha kita," kongsi Hafiz Suip, menerusi hantaran di laman Instagramnya.

Ia berikutan penampilan penyanyi itu yang menimbulkan tanda tanya netizen apabila dia dilihat berubah daripada segi fizikal dan kelihatan seakan semakin susut berbanding sebelumnya.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Hafiz menafikan dia mempunyai isu dengan ‘body shaming’ dan dakwaan negatif terhadap tubuh badannya oleh segelintir pihak.

"orang kurus pun kena.

"Sebelom kita tido jom kita bermaaf maafan dulu.. saya maafkan korang semua baik tak kenal maupun yang kenal.. macam2 saya dapat hari ni maupun yang baik atau yang buruk.. tak kisah lah korang nak cakap apa tentang saya tapi jangan libat kan orang lain mahupun keluarga saya..

"Cakap cakap pasal saya ni dah biasa sangat gaisss… nama pun artis ye dok.. yeke artis?" tambah hafiz yang sudah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan mendapati dirinya dalam keadaan normal.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: