08 July 2021

IMRAN AJMAIN: "SAYA BERTUAH BERJIRAN BERSAMA MAT SENTUL, DITAWAR MUNCUL IKLAN TV"



"Sewaktu kecil, saya bertuah dapat berjiran tetangga bersama pelakon / pelawak Mat Sentul. Pada dekad 80an, beliau rancak dengan produksi iklan makanan ringan yang dinikmati kanak-kanak. Lalu saya ditawar peluang untuk muncul dalam beberapa iklan TV produk Ding Dang, Tora, JoJo dan banyak lagi.

"Dan kerana itu, kami di rumah tidak pernah kekurangan makanan ringan. Sentiasa ada bekalan baru, perisa baharu, mainan baharu untuk dikumpul. "Tora datang lagi dengan..." — cogankata ini khusus buat kami sahaja dan jajanan ini diberi nama kolektif "apa apa". Nak beli "apa apa" di kedai runcit. Hari hari nak beli "apa apa".

"Sempena Hari Coklat Sedunia, saya bukan sahaja meraikan coklat tetapi kenangan makanan ringan dan iklan-iklan yang mengiringi zaman kanak-kanak kami untuk semua generasi 70-80an. Here's to us! We made it to 2021. Siapa masih ingat lagi?

Klik untuk gambar besar



"Sweet thoughts. X. #worldchocolateday #worldchocolateday2021 #haricoklatsedunia," itulah tulis penyanyi Imran Ajmain yang mendedahkan satu kisah menarik, bersempena dengan sambutan Hari Coklat Sedunia.

Rupa-rupanya, penyanyi yang sinonim dengan lagu 'Seribu Tahun' ini pernah terlibat dalam iklan komersial produk biskut kanak-kanak, jenama Ding Dang yang pernah popular suatu ketika dahulu.

Jelas Imran atau nama penuhnya Ahmad Imran Ahmad Husaini Ajmain, dia mendapat tawaran berlakon iklan berkenaan kerana berjiran dengan aktor dan pelawak legenda, Mat Sentul. Malah, Imran memberitahu peluang yang dimilikinya itu merupakan satu momen yang cukup indah.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: