09 July 2021

ISTERI HAMIL 3 BULAN - IPPO HAFIZ BAKAL TIMANG ANAK KEDUA



"Alhamdulillah... isteri saya kini sedang hamil cahaya mata kedua dan kandungannya sudah mencecah tiga bulan. Buat masa sekarang dia tidak mengalami sebarang alahan. Berharap dia sentiasa sihat saja sepanjang kehamilan kedua ini. Ikutkan masa anak pertama, dia alami alahan teruk ketika kandungan empat hingga lima bulan.

"Sebenarnya kami tak ada perancangan pun dalam soal anak sebab serah pada Allah yang beri rezeki dan kami terima," kata penyanyi Ippo Hafiz yang berkongsi berita gembira dimana bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya iaitu Fara Roslan kini hamil tiga bulan.

Ippo bersyukur dikurniakan rezeki zuriat selepas anak sulung mereka hampir mencecah usia setahun pada Ogos. Berbicara soal jantina, Ippo yang juga komposer berkata dia dan isteri tidak meletakkan harapan sama ada dikurniakan cahaya mata lelaki atau perempuan memandangkan mereka sudah mempunyai sepasang anak.

"Saya dan isteri tidak meletakkan sebarang harapan untuk jantina. Kami pun sudah ada anak lelaki dan perempuan. Tak kisah la bayi lelaki atau perempuan, janji sihat dan sempurna. Kalau diberikan rezeki anak lelaki, memang saya sudah ada nama dalam hati... perempuan pun sama. Doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, Ippo mendirikan rumah tangga dengan Fara pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan cahaya mata bernama Yusuf Zarin Nur yang lahir pada 6 Ogos tahun lalu. Ippo turut mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Cinta Rizky Amanda, 4, yang dijaga sejak dilahirkan.

Sementara itu, ketika ditanya tentang penampilan baharunya yang lebih Islamik, Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 31, mengakui sedang mendekatkan diri dengan agama.

"Sebenarnya sebelum saya berkecimpung dalam dunia seni, saya memang selalu pakai jubah dan serban. Saya pernah belajar di sekolah tahfiz. Sejak pandemik berlaku, saya kembali mempelajari ilmu agama lebih mendalam.

"Saya baca semula hadis dan pelajari ilmu yang pernah saya belajar sebelum ini. Tapi penampilan saya ini bukan bermaksud saya nak orang menggelarkan saya sebagai ustaz tapi ia sekadar ikut sunnah nabi," tuturnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: