22 July 2021

"ITU SEMUA FITNAH..." - BUAT LAPORAN POLIS, EBIT LEW JAWAB 12 TENGAH HARI INI



Isu perselisihan faham di antara Ustaz Ebit Lew, Caprice dan Nadir al-Nuri berkaitan misi kemanusiaan di Gaza baru-baru, nampaknya masih belum selesai. Disebabkan pelbagai tuduhan yang dilemparkan, pendakwah terkenal itu membuat keputusan untuk membuat laporan polis bagi menafikan kesemuanya.

Kata Ustaz Ebit, dia berasa terkilan memandangkan laporan tidak berasas itu tular di media sosial sehingga menjejaskan emosi kelurga dan pasukan misi bantuan berkenaan. Ujarnya lagi, beliau hanya mahu menghentikan perkara itu terus diperkatakan kerana niatnya ke Gaza hanya untuk memberi pertolongan.

"Ini semua fitnah, saya nafikan semua tuduhan kepada saya, saya sedih, sebab ayah saya dan isteri saya tahu perkara sebenar. Saya akan bagi tahu hal sebenar sikit masa lagi, semua saya akan bagi tahu, saya tidak takut pun, bukti-bukti semua saya ada.

"Sebelum ini saya berdiam diri dengan tohmahan dan fitnah terhadap diri saya dari dulu lagi, namun berkaitan isu terbaru ini apabila anak dan isteri saya sendiri menangis dan kecewa mengenai segala tuduhan yang dilemparkan, maka saya rasa terpanggil untuk membuat laporan polis.

Klik untuk gambar besar



"Apa yang saya boleh katakan laporan ini sememangnya bagi menyangkal dakwaan yang sebelum ini dikeluarkan oleh Nadir Al-Nuri dan selebriti Caprice. Segalanya akan saya perjelaskan esok (hari ini).

"Sebenarnya saya minta nak hentikan semua, saya tengok dia tak berhenti lama daripada saya dekat Mesir, niat saya nak tolong orang. Saya pergi pun dengan duit saya sendiri. Saya tak bukak satu tabung untuk Gaza, tapi saya tak sangka jadi macam ni. Semua pakai duit saya sendiri," katanya.

Bagaimanapun, Ustaz Ebit tidak mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai butiran laporan berkenaan. Namun menjelaskan bahawa segalanya akan diterangkan pukul 12 tengah hari ini bagi menjawab semua fitnah terhadap dirinya. Menerusi satu hantaran di Instagram dan Facebook, Ustaz Ebit berkata, siaran langsung tersebut bagi menjawab segala tohmahan yang dilemparkan.



"Doakan yer esok (hari ini) pukul 12 tengah hari saya akan live menjawab kepada semua fitnah yang melampau dan langsung tak berasas terhadap saya. Saya bersyukur pada Allah kerana dia Maha Baik dan Maha Besar. Saya cuma orang biasa dan pendosa. Syukur direzekikan dapat menjadi sebahagian kecil usaha kasih sayang ini. Saya diajar untuk tidak menjawab dan bergaduh dari kecil.

"Tapi semenjak di Mesir fitnah dan kata sinis terus menimpa saya. Dari dulu lagi saya dah biasa difitnah dan dikata begini. Saya bersyukur kerana apalah sangat ujian ini. Tapi bila anak saya menangis, arwah ayah saya menangis, isteri saya menangis,isteri kepada team saya menangis. Kami cuma manusia biasa. Penat, letih dan berat ujian. Ratusan ribu orang melihat fitnah tentang saya. Hari ini masih belum habis. Pagi ni anak saya peluk saya menangis. Cukuplah.

"Saya Redha pada Allah. Saya diam belum ada sepatah atau kenyataan dari saya. Makin ramai buat kenyataan tentang saya. Ini tentang saya,keluarga dan team saya.. Menyebabkan arwah bapa saya menangis. Isteri dan anak saya menangis tertekan. Saya benar-benar kecewa dan sedih.. Saya berdoa dan serahkan semuanya pada Allah..," tulisnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: