10 July 2021

"MAHU SAYA COMEL 24 JAM?" - ATIKAH PELIK 'LIKE' KURANG WALAUPUN 1 JUTA 'FOLLOWERS'



"Algoritma Instagram nampak sedikit pelik sebab saya mempunyai sejuta followers tapi di mana semua likes dan viewers? Bolehkah seseorang memberitahu saya apa sebenarnya yang terjadi. Nampak macam saya membeli followers padahal saya memperolehnya selama sembilan tahun saya berada dalam industri atau mereka semua ghost followers.

"Adakah disebabkan tidak buat tiktok atau sebab saya jarang kongsi video atau adakah pengikut mahu saya untuk sentiasa comel 24 jam?" soal pelakon Atikah Suhaime yang meluahkan rasa pelik apabila posting dan video yang dimuat naik di laman sosial itu kurang mendapat sambutan, meskipun mempunyai sejuta pengikut di laman Instagram.

Mahukan penjelasan itu, Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Suhaime, 30, meminta pendapat pengikut laman sosial itu sama ada ia disebabkan kandungan yang dipaparkan tidak menarik?

Dalam pada itu, pelakon berasal dari Singapura ini berkata, dia tidak pernah membeli pengikut sebaliknya jumlah itu diperoleh hasil sembilan tahun bergelar selebriti.

Klik untuk gambar besar



Atikah turut mempersoalkan sama ada kekurangan memuat naik video TikTok atau memperlihatkan aksi comel menjadi punca laman Instagramnya tidak mendapat perhatian.

Pertanyaan Atikah kemudian mendapat respons daripada rakan artis Afifah Nasir yang memberitahu rakyat Malaysia tidak menghargai bakat sebaliknya lebih gemar dengan perkongsian video yang tidak berpendidikan.

"Kesian sungguh awak, sedih tetapi benar engagement awak akan menjadi tinggi sekiranya anda berkongsi video tiktok menari dengan mendedahkan aset. Orang kita suka perkongsian yang tidak berpendidikan dan bakat tidak dihargai di Malaysia. Awak mesti kelihatan comel untuk mereka menghargai," tulisnya.

Perkongsian Atikah turut mendapat respon daripada warganet.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: