10 July 2021

AKIBAT COVID-19 - IJAN SWEETCHILD KINI KRITIKAL



"Ketika Ijan dimasukkan ke hospital enam hari lalu, dia ada beberapa kali berkongsi gambar keadaan dirinya yang terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di WhatsApp kumpulan SweetChild.

"Ijan beritahu walaupun dia menggunakan alat bantuan pernafasan, tapi dia masih sukar untuk bernafas dengan baik dan cuba harungi penyakit ini dengan kuat.

"Jadi, Ijan terpaksa ditidurkan untuk proses rawatan. Saya harap dia kuat melalui ujian ini dan segera sembuh," kata penyanyi kumpulan SweetChild, Acong mengenai keadaan pemain bass kumpulan itu, Ijan.

Ijan dilaporkan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh akibat Covid-19. Jelas Acong, Ijan kini ditidurkan untuk proses rawatan dengan alat bantuan pernafasan.

Klik untuk gambar besar



Acong yang merupakan peserta Gegar Vaganza musim kedua (GV2) itu memberitahu, semalam dia dimaklumkan Ijan kritikal oleh seorang kenalan rapatnya yang juga aktif 'busking' bersamanya sebelum ini.

Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat memberitahu, isteri dan empat anak Ijan turut positif Covid-19 dan mengharapkan sumbangan orang ramai untuk membantu mereka.

"Saya memohon sumbangan kecil orang ramai untuk sama-sama membantu Ijan dan keluarganya. Dia seorang sahabat yang sangat baik dan tidak pernah berkira jika saya minta sebarang pertolongan," ujar Acong yang memaklumkan Ijan bekerja sepenuh masa sebagai 'buskers' manakala isterinya tidak bekerja.

Bagi yang ingin memberi sumbangan boleh ke akaun Maybank bernombor 164230400877 atas nama isteri Ijan iaitu Sarina Othman.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: