10 July 2021

KAKAK BERGADUH DENGAN ADIK - EZAD & ISTERI DIHUBUNGI POLIS DISANGKA DERA ANAK



"Saya pun tak sangka isteri saya dapat panggilan dari pihak berkuasa katanya... mereka dapat report tentang kami telah melakukan penderaan pada anak kami kerana tular semalam video dan gambar anak lelaki kami mengalami pendarahan yang banyak di kepalanya...

"Seperti yang saya telah maklumkan semalam dalam media sosial saya bahawa anak saya bergaduh sesama sendiri... Saya dan isteri ingin memohon maaf atas kecuaian kami dalam menjaga anak kami hingga terjadi perkara yang sedemikian semalam.... kadang kami juga terlepas pandang perkara sebegini bila berada di rumah...

"Jika benar pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan... kami sedia bekerja sama... Moga video ini dapat menjelaskan serba sedikit apa sebenarnya yg berlaku dan apa perasaan kami ketika ini...," itulah kata penyanyi Ezad Lazim yang terkejut apabila dia dan isterinya, Zeana Ramli dihubungi polis berikutan laporan mendakwa mereka mendera anak bongsu mereka, Putera Muhammad Darwish, 6, semalam.

Klik untuk gambar besar



Ia susulan gambar dimuat naik Ezad di laman Instagram semalam memaparkan Darwish sedang menerima rawatan akibat cedera di kepala dipukul kakaknya, Puteri Rania Keisha, 9, dengan penyangkut baju. Menceritakan kejadian itu, Ezad berkata, ketika itu dia berada di ruang tamu manakala isteri di dapur memasak dan anak-anak di bilik tingkat atas.

Menurut Ezad, selepas dibawa ke hospital doktor memaklumkan luka yang dialami hanya kecil kerana terkena pada bahagian kulit kepala yang lembut. Darwish juga tidak perlu menerima sebarang jahitan. Ezad berkata, walaupun anak-anaknya sudah saling memohon maaf tetapi sebagai bapa dia mengakui terkesan dengan kejadian yang berlaku.

"Tiba-tiba Darwish menangis beritahu Rania memukulnya dengan penyangkut baju. Saya ingatkan tiada apa yang serius, tapi apabila melihat darah penuh dekat lantai saya hampir pitam. Saya rasa bersalah kerana tidak menghalang mereka ketika bergaduh. Maafkan atas kecuaian kami. Kami terlepas pandang dan tak sempat tengok anak. Mereka pula tiba-tiba bergurau begitu," jelas penyanyi lagu 'Mengintai Dari Tirai Kamar' itu.



Ezad yang merupakan bekas kumpulan Exist itu turut berterima kasih kepada pihak yang membuat laporan polis yang disifatkan mengambil berat atas apa berlaku.

"Tak jangka pula ada yang prihatin dan buat laporan kami mendera anak. Kalau betul pihak berkuasa ingin buat siasatan kami sedia memberikan kerjasama. Apa pun kami minta maaf. Kami bukannya nak perkara ini tular. Kami pun seperti ibu bapa lain yang berkongsi di media sosial dengan apa yang berlaku. Jadi, saya pun kongsi kisah anak saya bergaduh.

"Rania sudah pun minta maaf sebab tak sengaja. Saya pun nak ambil kesempatan untuk minta maaf. Mungkin ini kecuaian kami dalam menjaga anak sampai bergaduh dan berdarah. Alhamdulillah, dia tak teruk dan tidaklah sampai berjahit. Doktor pun kata tidak ada apa-apa. Dia pun sudah okay dan boleh melompat," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: