18 July 2021

MISI BANTUAN DI JORDAN - NETIZEN PERSOAL MANA KELIBAT CAPRICE?



Semua sedia maklum mengenai perselisihan faham yang berlaku antara penyanyi Rap Caprice dengan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang mendapat perhatian ramai. Caprice baru-baru ini juga telah meluahkan perasaan dimana dia sepertinya tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di sebalik misi di Gaza kini.

Difahamkan, Caprice menyertai misi berkenaan bersama Humanitarian Mission 4 Palestine (HM4P) yang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Bagaimanapun, ramai yang tertanya-tanya mengenai keberadaan lelaki itu apabila kelibatnya tidak kelihatan di dalam entri Ahli Perlimen Baling itu.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Datuk Seri Abdul Azeez, beliau ada memuat naik foto ketika menjalani misi kemanusiaan di Kem Pelarian Gaza, Jordan. Diruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan adakah Caprice tidak menyertai aktiviti berkenaan sedangkan turut dia merupakan salah seorang peserta di bawah pasukan tersebut.

Klik untuk gambar besar



Tidak kurang juga ada yang bersangka baik mengatakan mungkin Caprice yang mengambil gambar tersebut atau tidak mahu berada di hadapan kamera. Sehingga kini pasukan berkenaan masih tidak dibenarkan memasuki Gaza dan hanya memberikan bantuan di kem pelarian Gaza sekitar Jordan.

Untuk pengetahuan, Biro Kebajikan UMNO (Bikum) yang dipengerusikan oleh Abdul Azeez berangkat ke Jordan pada 16 Jun lalu bagi menghulurkan bantuan makanan dan ubat-ubatan ke dua lokasi yang terjejas teruk dek serangan tentera Zionis.

Terdahulu, Caprice memaklumkan akan membuat Instagram Live pada 21 Julai ini bagi membongkar hal sebenar terjadi di Gaza. Apa pun sama-sama kita nantikan.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: