18 July 2021

HAMPIR SEMINGGU DI PUSAT PEMULIHAN - KELUARGA HARAP NIA & SUAMI AMBIL HIKMAH



"Alhamdulillah keadaan mereka berdua baik," demikian ujar pihak peguam pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie iaitu Waode Nur Zaina yang memberi khabar mengenai mereka.

Nia dan suaminya yang ditangkap atas kesalahan dadah jenis syabu baru-baru ini sudah mula menjalani kegiatan mereka di pusat pemulihan di Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Pasangan ini sudah hampir seminggu dimasukkan ke pusat pemulihan.

Menurut Waode, pasangan suami isteri yang mengambil syabu sejak lima bulan lalu tersebut berada dalam keadaan sihat. Dalam masa sama, Waode juga turut mendedahkan pasangan itu sudah dikunjungi keluarga. Malah keluarga ini sangat mendukung Nia dan Ardi.

"Alhamdulillah semua support Bu Nia dan Pak Ardi agar segera pulih, boleh kembali ke kehidupan normal, dan tidak menggunakan dadah lagi," jelas Waode lagi.

Klik untuk gambar besar



Waode bagaimanapun merahsiakan lokasi Nia dan Ardi yang menjalani pemulihan saat ini. Sebelum ini, media Indonesia melaporkan Nia menangis sewaktu diberi peluang melihat tiga anaknya melalui panggilan video di telefon bimbit.

Sejak dirinya dan suaminya ditahan, anak mereka iaitu Mikhayla Zalindra Bakrie, Mainaka Zanatti Bakrie dan Magika Zalardi Bakrie dijaga oleh keluarga Ardi iaitu usahawan Aburizal Bakrie.

Sementara itu, InsertLive melaporkan ibu Nia, Chanty Mercia berharap agar pelakon dan hos itu dapat mengambil hikmah daripada insiden yang terjadi. Biar sedih, Chanty menerima apa yang terjadi sebagai dugaan yng perlu dtempuh dengan sabar oleh keluarganya.



"Untuk anakku dan Ardi menantuku, semoga kalian boleh menjalani proses hukum yang berjalan. Doa mama selalu menyertai kalian berdua.

"Tidak ada hentinya air mata ini menangis untuk apa yang terjadi. Tapi mama tahu Allah akan menolong kita semua amin," tutur ibu Nia.

Pelakon yang popular menerusi sinetron 'Bawang Merah Bawang Putih' itu ditangkap atas kesalahan penyalahgunaan dadah bersama suaminya dan pemandu mereka pada 7 Julai lalu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: