18 July 2021

USTAZ EBIT LEW: "SAYA SUSAH NAK BENCI ORANG... SAYA JADI SEDIH"



"Saya susah nak benci orang, saya susah nak lawan orang. Saya susah nak kata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan siapa-siapa. Tapi, sejak kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan dekat saya. Saya jadi sedih.

"Saya memang tak takut siapa-siapa sejak kecil. Saya tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya juga Allah yang tentukan. Saya tak balas pun orang mesej saya bukan-bukan. Kalau orang ugut, saya tak balas. Kalau setakat berkata, saya tak kisah sangat tapi kalau melibatkan macam-macam orang, yang itu saya jadi sedih.

"Saya fikir dunia ini tak seindah yang disangka. Walau kita cuba nak bawa kasih sayang dalam dunia, akan ada yang benci, akan ada yang lawan. Saya percaya, kalau tidak hari ini, suatu hari nanti, dunia ini akan kembali seperti zaman dahulu. Zaman Rasulullah. Zaman dulu orang baik-baik. Suasana itu akan wujud, manusia saling mengasihi, saling menyayangi dan menghormati antara satu sama lain," itulah luahan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Klik untuk gambar besar



Dalam aplikasi TikTok yang dimuat naik semula dalam Instagram, @jentikhati, itu menyaksikan Ustaz Ebit mengalirkan air mata. Beberapa hari lalu, hangat diperkatakan mengenai perselisihan faham antara Ustaz Ebit dan penyanyi rap, Caprice berkenaan misi bantuan di Gaza.

Menurut Ustaz Ebit, dia tidak suka bergaduh dengan sesiapa apatah lagi mengata tentang orang lain. Bagaimanapun, Ebit berkata orang lain yang datang seolah cari gaduh dengannya.

Kata Ustaz Ebit lagi meskipun jika ada yang menghantar mesej bukan-bukan kepadanya serta mesej ugutan, dia tidak akan membalasnya. Diakhir video tersebut, Ustaz Ebit turut mendoakan agar umat manusia hidup dalam suasana dan persekitaran yang penuh kasih sayang.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: