15 July 2021

MUAT NAIK FOTO 'POSING MAUT' - JANNA NICK TERIMA TEGURAN



"It is better to be hated for what you are than to be loved for what you are not," demikian kapsyen yang ditulis pelakon dan pengacara sensasi, Janna Nick pada sekeping gambar dirinya tengah berposing.

Bagaiamanpun, gambar yang dimuat naik Janna menerusi laman Instagram miliknya itu telah menerima teguran netizen yang didakwa gambar posing pengacara Melodi itu kurang manis dipandang.

Janna ini juga dinasihatkan agar berkelakuan sopan dan menutup aurat dengan betul. Sebagai seorang peminat, mereka turut mempersoalkan motif sebenar Janna Nick memuat naik foto berkenaan.

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diterima daripada pengikut. Ada yang mengkritik tindakan Janna Nick dan ada juga yang memohon orang ramai menasihati atau menegur Janna Nick dengan cara baik tanpa memaki hamun.

Salah seorang pengikut berpendapat seseorang perlulah mempunyai adab dalam menegur tanpa menjatuhkan air muka seseorang.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: