28 July 2021

"MULUT LONGKANG BIASA" - NUBHAN NASIHAT NANA TAK PERLU SAMAN, SALING BERMAAFAN



"Kesian rakan duet den ni. X sangka isu kawan2 boleh jadi sampai ke tahap saman menyaman. Gaduh2 sikit, lepas cakap tu biasala dlm berkawan. Den pun penah jugak gaduh.... pastu baik balik... pastu gaduh jap... pastu tiba2 holiday sama2... mcm tu lah ulang2 sampai abg jamil _______ .

"Saya kalau kluar ngan diaorg ni sentiasa akan gaduh bila makan... berebut masing2 nak mengelak bayar... bkn xda duit... tp dah pangai memasing mcm tu... layan je la... gurau2 kan... nothing serious... Kawan2 ni kalau dah selesa, semua dia cerita, luah. Dr situ kita tau la kelemahan & gila masing2. Tp jgn la buat live... adoiiii... nak ckp lebih kang…masing2 pon my pren oso... I is jem.

"Maaf bermaafan lah... kita xnak tau pun sapa betol sapa salah... everyone learned their lesson. bila jadi sesuatu perkara, sure masing2 ada salah... kawan kannnn????? Mmg mulut longkang tu perkara biasa. Tu jgk yg kita kawan.... tu jgk yg dah bertahun2 pon... Enough fingting2 leyyy...

"Ni bukan nk bekap sesapalah... cuma nk tgok la korg ni bedamai...," tulis penyanyi Nubhan menerusi muat naik di laman Instagram yang meluahkan rasa tidak percaya dan menyangka perbalahan antara rakan duetnya, penyanyi Siti Nordiana serta rakan artis yang lain iaitu Lan Solo dan Syura Badron sehingga ke tahap saman menyaman.

Klik untuk gambar besar



Ujar Nubhan, tiada keperluan untuk saman menyaman dan isu salah faham tersebut sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik. Nubhan turut memaklumkan bahawa lumrah berkawan untuk mempunyai saat tidak sehaluan pendapat dan bertikam lidah namun tidaklah sehingga ke tahap sedemikian rupa.

Katanya lagi, sesi siaran langsung yang diadakan Lan Solo dan Syura serta beberapa orang lain bagi menceritakan hal-hal rakan yang lain secara terbuka baginya agak melampau dan tidak patut dilakukan. Dengan itu, penyanyi lagu Ada Untukmu itu turut berharap agar mereka semua dapat bermaaf-maafan dan dapat menyelesaikan isu tersebut dengan baik.

Terdahulu, isu tercetus apabila nama Siti Nordiana telah ‘dipetik’ oleh penyanyi Lan Solo, Syura, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu. Siti Nordiana kemudian mengeluarkan notis tuntutan permohonan maaf secara terbuka terhadap lima individu terbabit dan jika ingkar, tindakan saman akan diteruskan.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: