23 July 2021

PADAM FOTO SEKSI - SCHA ELINNEA TERIMA TEGURAN, MAHU JADI LEBIH BAIK



"Kita sebagai manusia boleh berubah. Saya tak nafikan ada warganet yang marah-marah di media sosial dan bercakap mengenai imej seksi saya sebelum ini. Selalunya, saya akan balas, doakan yang baik-baik. Alhamdulillah, saya kini sudah pun padam banyak gambar di Instagram.

"Teguran yang diterima lebih kepada membimbing dan bila orang tegur dengan cara baik, kita pun lembut hati untuk berubah ke arah kebaikan," ujar pelakon Scha Elinnea yang mendedahkan mahu cuba belajar berubah, untuk menjadi individu yang lebih baik, aelepas sering menerima komen negatif.

Scha atau nama sebenarnya, Natasha Mohamed Mubeen, 22, mula memadam foto yang terlalu seksi di laman Instagram miliknya selain mengambil teguran positif dari warganet. Dalam masa sama, Scha turut mengakui belajar untuk menerima teguran, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan sistuasi pandemik COVID-19 ketika ini.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: