31 July 2021

PERNAH BERNIAT BERI RM50,000 - MK K-CLIQUE BERPERLUANG BERTEMU PAK CIK HADI



Video seorang warga emas yang dimalukan di khalayak ramai oleh seorang influencer dan usahawan tular sejak beberapa hari lalu dan hangat diperkatakan sehingga mengundang kecaman hebat netizen.

Video tersebut turut mendapat perhatian ahli kumpulan K-Clique iaitu MK, dimana dia pernah menyatakan mahu memberikan sebanyak RM50,000 berkenaan selepas geram apabila mengetahui warga emas berkenaan ditawarkan RM50 kerana berani tampil ke hadapan.

Bagaimanapun, perkongsian MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Bin Hamdan di Insta Story mengenai pemberian RM50,000 itu telah dipadam. Menerusi Insta Story berbeza MK memohon maaf kerana terlalu emosi apabila melihat warga emas berkenaan diperlakukan sebegitu.

MK memaklumkan bukan sikapnya untuk masuk campur urusan orang lain tetapi kali ini dia tidak dapat menahan diri. Dia terpaksa bersuara kerana terbayangkan pakcik Hadi seperti bapanya sendiri kerana dirinya juga datang dari keluarga susah.

Klik untuk gambar besar



Terbaru, MK berkongsikan video berpeluang bertemu dengan warga emas dikenali sebagai Pakcik Hadi itu di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur untuk bertanya khabar. Menerusi perkongsian tersebut, MK menitipkan doa agar Pakcik Hadi sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dalam hidup.

Perkongsian penyanyi rap itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji MK yang sudi menyantuni warga emas tersebut dalam masa sama memberi contoh kepada anak muda yang lain.

MK bagaimanapun tidak kongsikan secara terperinci bantuan yang diberikan dalam perjumpaan itu kerana perbualan mereka tidak dapat didengari. Apa yang pasti, semoga yang terjadi ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Hormati orang tua tidak kira rendah atau tinggi darjat mereka, kita semua sama disisi Allah.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: