31 July 2021

BEKAS STOKIS FAILKAN NOTIS BANKRAP KEPADA SAJAT YANG GAGAL DIKESAN



Berikutan kegagalan usahawan kosmetik, Sajat untuk membayar wang penghakiman sebanyak RM200,000 kepada bekas stokis utamanya iaitu OWA Resources seperti yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada April lalu, itu telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membenarkan notis kebankrapan terhadapnya diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penampalan.

Perkara tersebut dimaklumkan peguam utama OWA Resources dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors, Nurul Hafidzah Hassan di mana dua plaintif iaitu Nurwati dan Mohammed Syakir Hussin telah membuat notis iklan dan notis tampal pada minggu ini namun masih tidak mendapat respon daripada Sajat jika dia ingin membantah notis kebankrapan tersebut.

Pihak anak guam tidak dapat menjejaki lokasi sebenar defendan. Oleh itu, kami telah mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menyerahkan notis secara iklan dan menampal notis di mahkamah dan di depan rumah defendan.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, OWA Resources sebelum ini pernah cuba untuk menyerahkan notis bankrapsi kepada Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad sebanyak tiga kali namun menemui jalan buntu kerana lokasi Sajat tidak dapat dikesan.

Dimaklumkan juga, notis tersebut berkehendakkan Sajat untuk membayra RM113,327 dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 13 September 2018 sehingga 3 Mac 2021 serta kos mahkamah sebanyak RM70,000. Setakat tarikh dimaklumkan tersebut, jumlah terkumpul adalah RM197,329.87.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: