31 July 2021

HAMIL ANAK KEDUA - TASHA MANSHAHAR HAMPIR TANGGUH VAKSIN, SEBELUM UBAH FIKIRAN



"I almost nak tangguh vaksin sebenarnya. Sbb takut effect baby, effect kesihatan I. Tp mengenangkan effects kalau kena covid tanpa vaksin lagi teruk nauzubillah, I decided utk ambil vaksin. Alhamdulillah, dah 2 hari selepas vaksin ni takde demam, takde side effects teruk, sakit tangan pun dah hilang Alhamdulillah. Baby pun gerak macam biasa.

"Sebelum pergi vaksin haritu, I consulted ramai doktor (yela kang esok lusa jadi apa-apa kita cari doktor jugak kan), tanya pendapat preggy moms yg dah vaksin, tanya apa doktor dorg advice, tanya kaklong yg dah handle ribuan kes covid @kai_kaklong. Even sebelum kena jab haritu I tanya doktor lg I tak takut actually, I cuma perlu diyakinkan.

"Preggy moms adalah golongan high risk. Ya, berisiko tinggi. Mmg kita duduk rumah diam-diam tak keluar. Doktor kata, mostly preggy moms yg positif covid dorg mmg tak ke mana-mana pun. Tapi, org dlm rumah yg terpaksa mobile. Keluar masuk beli barang, pergi kerja dan sebagainya. Tanpa disedari dan tanpa disengajakan, bawa balik virus ke rumah dan menjangkiti preggy moms yg duduk rumah diam-diam ni.

Klik untuk gambar besar



"Mana yg rezeki tak teruk Alhamdulillah. Tp ramai juga preggy moms dkt ICU, terpaksa czer keluarkan baby awal, rezeki ibu survive, baby pulak tak survive dan sebaliknya. Nauzubillah. I doakan semua preggy moms yg tengah tengok post ni sentiasa dilindungi, selamat, dijauhkan daripada wabak Covid-19 ni aaamiiin. Kita doakan juga ibu-ibu yang tengah berjuang melawan Covid Allah beri kesembuhan segera aamiin.

"Ambil vaksin tidak bermakna kita tidak akan dijangkiti Covid. Possibility masih ada tapi sekiranya kita dijangkiti virus covid yang sebenar nauzubillah, kesannya tak seteruk jika kita dijangkiti tanpa vaksin. Jom la sama-sama kita kurangkan jumlah patients dalam ICU dan kurangkan angka kematian. Kita nak tingkatkan angka kes sembuh. Jangan kata alaaa aku takkan kena covid. Takde seorang pun daripada 1 juta lebih pesakit covid dekat Malaysia ni yang saja-saja nak kena covid. Mereka semua tak sangka akan terkena jangkitan. Ada yang tak sure pun dapat dari mana. Nak menyesal pun tak boleh.

"Jadi, jangan takut ambil vaksin. Vaksin adalah protection. Kita ikhtiar. Bismillahitawakkaltu'alallah," demikianlah tulis penyanyi Tasha Manshahar yang mendedahkan bahawa dia hampir menangguhkan pengambilan vaksin ketika sedang sarat hamil anak kedua kerana tidak yakin dan bimbang kesan sampingannya terhadap kesihatan diri dan juga kandungan, sebelum berubah fikiran setelah memikirkan tentang kesan dan dalam pada masa yang sama turut meminta nasihat doktor bertauliah.



Penyanyi lagu 'Bukan Aku ini' yang berkongsikan mengenai perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya juga menyeru agar ibu-ibu hamil untuk segera mendapatkan vaksin sebagai perlindungan tambahan sebelum terlambat. Untuk makluman, Tasha telah mendirikan rumah tangga bersama Raqib pada 8 September 2018 yang lalu dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muamar Rafiqi yang kini berusia tiga tahun.

Dalam hantaran lain, Tasha kemudiannya melengkapkan diri dengan perlindungan daripada wabak COVID-19 dengan mengambil vaksin yang bersesuaian. Dia turut berkongsikan momen-momen dan juga pengalaman ketika mengambil vaksin dan memaklumkan bahawa dirinya tidak mengalami kesan yang teruk selepas pengambilan serta segalanya berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah semalam selesai ambil dose vaksin Pfizer pertama di @megaklinik.zahran.melaka. Asalnya my appointment was on Monday di lokasi berbeza. Tp disebabkan @raqibmajid dapat appointment di Zahran Melaka smlm, sblm i ke ppv utk vaksin on Monday tu, we asked and requested if I could change my vacc location so I boleh pergi sekali dengan Raqib.



"Rasionalnya, supaya Raqib tak perlu take the risk utk keluar byk kali (teman I on Monday, pastu keluar lg untuk turn vaksin dia pulak on Tuesday). Lagipun dekat klinik less crowded. Dengan keadaan menjadi golongan yg high risk ni, of course macam-macam kita risaukan. Dan mmg rezeki Alhamdulillah ada kekosongan kuota di Megaklinik Zahran Melaka jadi dorg boleh slot in kan i utk ambil vaksin sekali dengan Raqib. My Sejahtera pun dorang updatekan selepas selesai vaksin.

"Jangan terkejut kenapa Muammar pun kena cucuk. Alang-alang kami nak ke klinik, @kai_kaklong adviced kitorg utk ambil vaksin influenza for Muammar. Yelah sekarang musim wabak tapi belum ada vaksin covid utk kanak-kanak. Yang paling close adalah vaksin influenza. Jadi we decided utk ambil protection untuk Muammar juga. Alhamdulillah semua went so smothly.

"Semoga lebih ramai cepat-cepat dapat vaksin, kes pun cepat-cepat turun, kita boleh jumpa keluarga, boleh bawa anak jalan-jalan. Aamiiin! Next post I share pasal I almost nak postponed ambil vaksin sampai lepas bersalin. Tapi Alhamdulillah I sempat dapat kesedaran Setakat pagi ni, ni takde side effects teruk. Cuma rasa sakit tangan bahagian kena jab tu je selain rasa bertambah comel. Alhamdulillah," katanya lagi.







          ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: