31 July 2021

USTAZ EBIT LEW KEMBALI AKTIF SELEPAS SEMINGGU 'DIAM' - PENGIKUT LUAH TERUJA



Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew nampaknya telah kembali berkongsi mengenai kerja amalnya hari ini selepas tujuh hari tidak mengemaskini sebarang perkembangan di akaun media sosial. Perkongsian terbaru Ebit Lew telah mendapat sokongan ramai pengikut di laman sosial Instagram dan Facebook. Rata-rata mengucapkan selamat kembali dan tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada Ebit Lew.

"Tak hidup dipuji, tak kalah dek keji, jika hidup kerana Ilahi. Jalan terus ustaz" - "Yeah... Ustaz Ebi sudah kembali!!! Alhamdulillah" - "Alhamdulillah ustaz... MasyaAllah... Semoga keberkatan akan bertambah lagi dan lagi... Ustaz banyak peluang untuk tidak digelar muflis di akhirat nanti... Doakan saya juga mempunyai peluang yang sama... Amin".

"Hari2 tunggu ustaz @ebitlew update Alhamdulillah harii ni terus kluar dkt wall ig sy ya ALLAH semoga Dipermudahkan sgala Urusan ustaz jaga kesihatan semoga sentiasa dlm Lindungan ALLAH swt Aamiin Ya Mujib" - "@ebitlew.. suka dengan ayat ini.. kalau apa yg dilakukan Allah br pahala saya sedekahkan pahalanya kepada ayah dan ibu... amin... berbahagia lah mak ayah ustaz pahala mengalir untuk mereka di sana aminnn...," antara kata-kata pengikutnya.

Klik untuk gambar besar



Ebit Lew menerusi hantaran tersebut berkongsi tentang pembukaan Rumah Kasih Umat yang dijadikan transit bagi anak-anak kanser: "Doakan ye. Syukur pada Allah yang Maha Berkuasa dengan izinnya Rumah Kasih Umat dibuka. Rumah ini di Titiwangsa. Kami jadikan rumah transit bagi anak kanser yang berulang alik mendapatkan rawatan di HKL dan sekitar. Buat yang memerlukan boleh hubungi 01170772380. Free tiada caj.

"Masa ayah saya sakit kanser. Saya terdengar ayah saya menjerit sakit menangis. Tak tahan tengok. Kadang morphin dan ubat tidur tak hilangkan sakit. Saya beberapa kali ziarah rumah kanser. Anak-anak kecil berlari sana sini sakit. Ramai yang kadang tidur dalam kereta atau sana sini sementara datang nak tunggu rawatan. Ada mak ayah berhenti kerja untuk jaga anak-anak. Zaman sekarang lagilah. Ya Allah. Syukur ramai sangat orang lain dah mulakan. Badan kerajaan atau persendirian. Ini semua usaha kecil kita semua nak jadi sabahagian kecil dari usaha kerajaan dan orang ramai.



"Terima kasih semua yang selama ini bersama usaha ini. Semoga setiap anak kanser yang tiada dosa ini menjadi asbab kasih sayang Allah pada kita. Ya Allah jika ada pahala semua ini saya hadiahkan buat mak ayah saya. Semoga Allah letak mak ayah kita dalam syurga Firdaus," tulisnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila ramai mempertikaikan tentang beberapa perkara selepas Ebit Lew membuat sesi live di Instagram dan Facebook ketika menjawab persoalan melibatkan dirinya. Antara dakwaan yang dilemparkan terhadap Ebit Lew ialah melarikan dokumen permohonan ke Gaza seorang diri.

Ebit Lew yang selama ini sangat dikagumi dan dihormati ramai kerana sentiasa menghulur bantuan kepada rakyat Malaysia berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel. Misi itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa yang perlu dipatuhi termasuk apabila kembali ke Malaysia.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: