23 July 2021

"RILEKS GUYS, SAYA OK JE... KITA KERJA NGO SEMUA ADA HITAM PUTIH"- NADIR



Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi sesi live semalam telah meminta Presiden Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk rakyat Palestin.

Dalam live tersebut, Ebit bertanya mengenai perkara tersebut selepas beliau didakwa menggunakan duit sumbangan rakyat Malaysia untuk menjayakan misi kemanusiaan di Gaza.

Tampil memuat naik entri di Insta Story, Nadir berkata tiada masalah untuk berkongsikannya kerana semua kerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempunyai rekod atau hitam putih.

"Rilek guys (bertenang), Saya ok je. Kita kerja NGO ni semua ada hitam putih tak ada problemlah. Cuma sehari dua ni nak kena settle projek (selesaikan projek) yang ni dulu," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Kata Nadir lagi, dia akan menjawab persoalan yang dilemparkan Ebit Lew dalam masa terdekat memandangkan dia kini sibuk menguruskan projek berkenaan ibadah qurban.

Menerusi satu lagi entri, Nadir turut memuat naik semula perkongsian yang dibuat oleh wakil NGO dari MyAqsa Defenders (MAD) dengan memaklumkan yang mereka sememangnya mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau pengurusan (MAD).

Terdahulu, Ebit bertanyakan kepada Nadir kemana duit sumbangan bernilai RM20 juta yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia ke tabung bantuan Gaza itu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: