23 July 2021

PENAMPILAN FAZURA - FATTAH BERSYUKUR KINI SUDAH BERHIJAB SEPENUHNYA



"Ibadah, Hijab, Hijrah. It is a person's secret intention with Allah SWT. A personal journey that should never be told or sensationalized by anyone else. Cukup-cukup lah. #penat," itulah paparan yang dikongsikan pelakon dan penyanyi Nur Fazura menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berpendapat soal berkaitan agama seperti ibadah, berhijab dan hijrah tidak perlu disensasikan oleh sesiapa. Fazura juga berharap, perkara tersebut merupakan perjalanan hidup peribadi seseorang.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya menyambut baik pendirian berkenaan selain ada yang menitipkan kata positif buatnya.

Sejak kebelakangan ini penampilan Fazura menjadi perhatian ramai apabila dilihat sering tampil berhijab dalam perkongsian di media sosial.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, suaminya yang juga pelakon dan penyanyi, Fattah Amin ada berkongsi mengenai reaksinya mengenai hal tersebut. Tidak mengesahkan perkara tersebut, bagaimanapun Fattah mendedahkan bahawa isterinya itu sudah berhijab sepenuhnya.

Meluahkan rasa syukur, Fattah mengakui dia tidak pernah berhenti berdoa agar isterinya mengubah penampilan kepada menutup aurat dan kini Fazura sudah pun berhijab.

"Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya. Sebagai suami, penampilan Muslimah itu yang sentiasa saya doakan selama ini. Sekarang, dia pun sudah bertudung," kongsinya dalam sidang media virtual di sesi pelancaran single terbaharunya, 'Hamba' pada Khamis.



Untuk makluman, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan puteri sulung bernama Nur Fatima Aisya yang kini berusia sembilan bulan.

Dalam pada itu, Fattah berkongsikan sepanjang pandemik ini dia banyak menghabiskan masa di rumah menjaga anaknya. Ujarnya, destinasi pertama yang ingin dilawati bersama anaknya selepas pandemik Covid-19 berakhir adalah zoo.

"Tempat pertama yang saya teringin bawa Fatima adalah zoo. Sebabnya saya selalu bacakan buku tentang haiwan kepadanya. Tetapi dia sendiri tidak tahu bunyi atau bentuk sebenar haiwan-haiwan kerana tidak pernah melihatnya secara depan-depan," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: