23 July 2021

PU RIZ AKUI DIA, NEELOFA PERNAH DAPAT TAWARAN KE GAZA BERSAMA EBIT LEW



"Sejujurnya, betul saya bersama isteri dan beberapa selebriti lain termasuk Ustaz Ebit Lew mendapat tawaran untuk ke Gaza. Pergerakan ke sana juga dijadualkan pada Jun. Namun, saya dimaklumkan projek tersebut tidak dapat diteruskan atas beberapa sebab.

"Kemudian, saya dapat tahu Ustaz Ebit Lew bersama pasukan dapat ke sana bagi menjayakan misi mereka. Itu adalah rezeki mereka,” kata pendakwah bebas PU Riz yang mengakui pernah mendapat tawaran menyertai misi bantuan ke Gaza bersama isterinya, Noor Neelofa, penyanyi Heliza Helmi dan Hazwani Helmi serta Ustaz Ebit Lew pada Jun lalu.

Menurut PU Riz tawaran tersebut datang daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan mereka juga sudah menjalankan beberapa perbincangan secara dalam talian.

Mengesahkan jemputan tersebut, bagaimanapun PU Riz berharap orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai isu berkenaan serta mendoakan segala kebaikan kita lakukan diredhai Allah.

"Cukup untuk saya jelaskan, memang saya bersama yang lain termasuk Ebit Lew dijemput untuk ke sana. Apa yang berlaku selepas itu, saya tidak ada pengetahuan apa-apa mengenainya.

"Saya harap perkara ini jelas dan orang ramai berhenti untuk membuat spekulasi. Saya berdoa semoga segala kebaikan yang kita kerjakan mendapat keredaan Allah," ujarnya.

Terdahulu, PU Riz bersama isteri dan adik-beradik Heliza serta Hazwani Helmi disebut penyanyi rap, Caprice menerusi hantaran dalam InstaStory yang mendakwa mereka sepatutnya ke Gaza bersama Ebit Lew.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: