23 July 2021

DISAHKAN POSITIF COVID-19 - HEFNY SAHAD ANGGAP PENGHAPUS DOSA



Pengacara dan penyampai radio, Hefny Sahad menerusi laman Instagram telah berkongsi khabar duka dimana dirinya kini disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun, Hefny memaklumkan keadaannya sekarang sudah semakin beransur pulih jika ingin dibandingan dengan keadaannya beberapa hari lalu.

"Semoga menjadi asbab penghapus dosa. Alhamdulillah keadaan aku harini baik baik saja berbanding 3, 4 hari ke belakang. Nanti aku share sikit kronologi dan simptom yang aku lalui sepanjang beberapa hari ni supaya korang dapat belajar something dan bersedia la harapnya. stay safe guys!" tulisnya.

Dalam pada itu, penyampai radio, Sinar FM itu turut memaklumkan dia akan berkongsi mengenai pengalamannya itu supaya ia boleh menjadi iktibar buat masyarakat di luar sana. Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terkejut selaik turut mendoakan semoga Hefny lekas sembuh seperti sedia kala.

"Patutlah dua hari ni Ijad sorang je. Semoga cepat sembuh Hefny. - "Allahuakbar. Semoga sihat seperti sedia kala. - "Ya Allah. Get well soon Hefny. You can do this. - "Semoga cepat sembuh and be strong Hefny. - "InsyaAllah semoga kuat semangat bang. Pernah juga pakai tag pink dulu," antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Klik untuk gambar besar






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: