23 July 2021

NEELOFA BENGANG DENGAN CAPRICE, NAMA KENA PETIK



Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew semalam telah mengadakan sidang media secara langsung dibuat bagi menjawab segala tuduhan berkenaan misi kemanusiaannya di Gaza.

Menerusi sesi live itu, Ebit Lew turut menjawab tuduhan penyanyi rap Caprice mendakwa pendakwah itu membawa 'lari' proposal misi kemanusiaan yang sepatutnya disertai oleh beberapa selebriti dan pihak tertentu.

Tampil menafikan perkara itu, Ustaz Ebit berkata dia tidak pernah berjumpa mahupun berbincang dengan selebriti di sebut Caprice untuk misi bantuannya ke Gaza.

Klik untuk gambar besar



Selebriti popular, Noor Neelofa yang menyedari namanya terpalit dengan konflik tersebut tampil mengatakan perkara itu tidak sama sekali dan meminta namanya tidak dikaitkan dengan isu tersebut.

Kata Neelofa lagi, ibunya juga tiada kaitan dengan cerita Caprice dan Ebit Lew. Menurut Neelofa lagi, dia akan menghubungi Caprice dan bertanyakan mengapa nama orang lain dikaitkan dalam masalah tersebut.

Terdahulu, Caprice ada memuat naik satu tangkapan skrin berkenaan mesej yang diterima mendakwa Ebit Lew mengambil kertas kerja misi kemanusiaan yang sepatutnya disertai oleh beberapa orang selebriti untuk menjalankan misi tersebut bersendirian.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: