23 July 2021

"TAK PERNAH TIPU ATAU FITNAH APABILA BERKAITAN ISLAM" - CAPRICE SEDIA BELA DIRI DI MAHKAMAH



"Caprice banyak buat dosa dan banyak lagi kena belajar tentang agama. Namun, saya nak anda tahu saya tak pernah menipu atau menyebarkan fitnah apabila berkaitan kemajuan Islam dan umat Islam. Caprice minta maaf dgn cara caprice waktu terlalu emosi tetapi selama ni kita memang bagi sokongan 300% kepada tuan Nadir di Gaza dan Ebit Lew.

"Pekara yang kita tahu, InsyaAllah kalau bukan di dunia, kita jumpe di sana. Saya akan terus memperjuangkan diplomasi, perdamaian, dan belas kasihan untuk bukan sahaja Palestin, tetapi di sudut dunia. Saya akan membela sesiapa sahaja yang ditindas tak kisah bangsa dan agama.

"Saya minta maaf sekali lagi jika anda terluka, saya tidak mahu meneruskan perbahasan ini, saya harap hanya dapat bersatu dan mencapai tujuan bersama untuk perdamaian di Palestin. Sekiranya saya harus membela diri di mahkamah, saya akan melakukannya dengan petunjuk Allah. Terima kasih," itulah tulis penyanyi rap, Caprice menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Sepanjang hari ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai sidang media pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang menjawab segala tuduhan Caprice dan Presiden Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri. Apa yang pasti, ramai menantikan respon daripada Caprice yang mula mendedahkan perkara tersebut.

Menerusi entri terbaru itu, Caprice berkata dia mengakui banyak melakukan dosa dan banyak perkara tentang agama perlu di pelajari. Namun, dia tidak pernah menipu lebih-lebih lagi berkiatan agama. Bagaimanapun, Caprice tetap memohon maaf dengan apa yang berlaku tempoh hari kerana dia terlalu emosi. Ujarnya, dia dan juga rakyat Malaysia sentiasa menyokong misi kemanusiaan dijalankan dua ikon tersebut.

Dalam pada itu, Caprice berharap hubungannya dengan Ebit Lew kembali pulih kerana mereka sendiri bertelagah, bagaimana untuk membangunkan Gaza. Diakhir perkongsian itu, Caprice berkata dia akan tetap meneruskan perjuangan ummah bukan hanya di Palestin tetapi di seluruh dunia serta memohon maaf serta bersedia untuk membela diri di mahkamah dengan petunjuk Allah.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: