06 July 2021

"SAYA MASIH WARAS..." - ZARA ZYA SEDIH DITUDUH MAKAN DUIT NGO SENDIRI



"Demi Allah saya tak ambil duit tu untuk tujuan peribadi, saya masih waras dan faham halal dan haram... hanya Tuhan saja yang tahu sumbangan tu sampai atau tidak ke tangan penerima," itulah kata pelakon Zara Zya yang meluahkan rasa kecewa apabila niat baiknya membantu golongan susah dipersoalkan segelintir individu yang mendakwa dia mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

Malah lebih teruk, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia dituduh menyalahgunakan dana yang dikumpul menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkannya.

Menurut pelakon berusia 36 tahun ini lagi, setiap perkongsian video di media sosial berkaitan bantuan bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya, ia bagi memberitahu bantuan tersebut sudah diagihkan secara telus kepada yang layak menerimanya.

"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama lagi saya dan NGO sudah jalankan aktiviti bantuan. First projek saya sediakan PPE. Saya sedikit kesal dan kecewa apabila niat ikhlas saya untuk membantu ramai dipandang serong.

Klik untuk gambar besar



"Saya dah cuba buat yang terbaik untuk hulurkan bantuan, korbankan masa dan tenaga, gunakan tulang empat kerat ni untuk turun padang sendiri sampaikan bantuan. Biarlah saya yang sakit, tapi saya tak sanggup ada orang susah berlapar dan terus bersedih," ujarnya.

Tambah pelakon drama 'Love You Mr. Arrogant', penubuhan NGO Malaysia Prihatin adalah bagi mendapatkan dana dan sumbangan diagihkan dengan betul tanpa keraguan.

"Malaysia Prihatin yang saya tubuhkan ini tidak perlu diragui. Ia sah dan maklumat tentang kempen dan resit juga disediakan selepas sumbangan dibuat," ujarnya.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: