"Kami memang serius ingin mendirikan rumah tangga tetapi semua perancangan itu memerlukan masa yang panjang. Pada masa yang sama, kita dahulukan rumah impian," jelas pelakon Dini Schatzmann yang mengakui kini sedang dalam perancangan untuk membeli rumah idaman bersama pasangannya, pelakon dan pengacara Janna Nick bagi membuktikan bahawa mereka serius dalam persiapan buat masa hadapan.
Niat yang sudah lama tersimpan itu membuktikan bahawa dia bersungguh-sungguh mahu membawa hubungan mereka ke fasa berikutnya iaitu berumah tangga meskipun bukan dalam masa terdekat ini.
Bahkan Dini tidak malu berkongsi bahawa Janna merupakan pemangkin semangat supaya dia bekerja dengan lebih keras untuk merealisasikan impian itu.
Klik untuk gambar besar
"Buat masa ini saya kena kukuhkan kerjaya dan kewangan sebelum melangkah ke fasa itu. Paling penting kedua-dua belah keluarga tahu kami cukup serius dalam perhubungan," katanya lagi.
Pun begitu, pasangan berkenaan tidak mendedahkan waktu spesifik mereka bakal menamatkan zaman bujang masing-masing. Buat masa ini, perancangan dan perniagaan yang menjadi keutamaan keduanya.
________________________
No comments:
Post a Comment