06 July 2021

GURAU ISU CURANG - ISSEY MOHON MAAF PADA SHUK & SEMUA PIHAK



Semua mengetahui mengenai gurauan antara Issey Fazlisham dan Shuk Sahar sehingga ia menjadi tular di laman perkongsian video TikTok sebaik 'I Can See Your Voice Malaysia' musim keempat episod lapan selesai bersiaran pada Ahad lalu.

Terkini, Issey yang merupakan seorang pelawak dan penyampai radio itu tampil memohon maaf gara-gara gurauan kasarnya terhadap pelawak dan pengacara Shuk menerusi rakaman program tersebut.

Menurut Issey, dia tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata 'awak pernah curang, saya tak pernah' sebagai membalas gurauan Shuk terhadapnya sebelum itu.

"Saya dan Shuk memang rapat dari dulu, sejak 2013 lagi kami memang dah berkawan baik. Kami dah biasa kalau bergurau memang kasar sedikit. Cumanya saya nak minta maaf pada netizen dan sesiapa yang menonton program tersebut, saya akui ia memang kesilapan saya sebab bergurau benda macam itu secara umum. Rapat bukan tiket saya gurau begitu depan umum sebab takut orang akan salah faham," katanya.

Klik untuk gambar besar



Issey atau nama sebenarnya, Fazlisham Mat Hussin, 34, juga berkata sebaik siaran program itu tamat, dia terus menghubungi Shuk untuk meminta maaf di atas keterlanjurannya.

"Lepas program habis ditayangkan, saya terus call untuk minta maaf dengan Shuk. Tapi Shuk okay sahaja, kami siap gelak-gelak lagi. Sama juga masa waktu rakaman program itu pada April lalu, memang kami dah biasa bergurau macam itu... saling usik-mengusik satu sama lain.

"Memang spontan terkeluar ayat itu untuk mengusik dia dan memang saya akan lebih berhati-hati lepas ini kalau nak bergurau depan orang ramai," jelasnya.

Mengakui susulan insiden itu, ruangan komen di laman Instagram Issey dihujani komen kecaman daripada netizen. Kata Issey, dia mengambil pendekatan untuk membiarkan sahaja perkara tersebut.



"Memang banyak komen kecaman yang saya terima, tapi ada satu komen sahaja saya balas yang mana saya minta maaf dan akui itu memang kesilapan saya.

"Saya baca semua komen, bukan tak baca... tapi nak buat macam mana benda dah jadi. Perkara ini buat saya jadi lebih berhati-hati lagi selepas ini kalau nak bergurau secara terbuka dengan kawan-kawan baik saya," ujarnya.

Sebelum ini, Shuk didakwa berlaku curang dan mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh. Kisah tersebut turut memberi impak terhadap kerjaya Shuk sebagai penyampai radio apabila perkhidmatannya telah ditamatkan pada Februari lalu berikutan isu berkenaan.

Utuk makluman, Shuk mendirikan rumah tangga dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berusia setahun.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: