12 July 2021

"SAYA MEMANG STRAIGHT" - FIFY AZMI NAFI SONGSANG, PERNAH PUTUS CINTA



"Saya tahu ramai yang cakap saya macam itu tapi sebenarnya saya memang seorang yang straight. Saya memang tak salahkan mereka pun," jelas pelakon Fify Azmi apabila peminat mendakwanya mempunyai nafsu songsang apabila sering kali ditawarkan karakter lasak dan berperwatakan tomboi.

Menurut Fify atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohammad Azmi, 31, dia sedar mengenai dakwaan tersebut namun tidak menyalahkan peminat sepenuhnya.

"Saya cuba letakkan diri saya di tempat mereka, macam contoh kalau saya tengok seorang pelakon itu sering kali ditawarkan watak yang sama seperti itu, mesti kita akan fikir macam itu juga kan. Tapi saya percaya peminat sekarang dah bijak, mereka tahu yang mana satu lakonan dan mana satu realiti," katanya lagi.

Ketika ditanya tidakkah dia teringin mahu mencuba watak yang lebih feminin agar dapat lari daripada tanggapan skeptikal peminat terhadapnya, Fify berkata dia tidak boleh bersikap memilih memandangkan masih lagi baharu dalam industri ini.

"Saya tidak boleh demand watak sebab masih lagi setahun jagung dalam industri ini. Orang dah bagi saya kepercayaan untuk berlakon pun saya dah syukur Alhamdulillah. Kiranya kalau mereka sukakan saya dengan aksi lasak memang saya harus buat, sekurang-kurangnya orang nampak bakat saya lebih-lebih lagi apabila melibatkan babak-babak sukar seperti berlawan dan bertarung.

Klik untuk gambar besar



"Kalau ada cerita-cerita buruk pasal saya memang cepat-cepat inform beritahu mama. Berita baik atau buruk semua saya forward kan pada mama dan dia memang sentiasa bagi sokongan dan tahu anak dia ini macam mana orangnya," ujarnya lagi yang membuat kemunculan sulung dalam bidang lakonan menerusi filem 'Wira'.

Pada masa sama, Fify mengakui pernah melalui beberapa episod kegagalan dalam percintaan dan buat masa ini dia masih solo dan agenda mencari pasangan hidup bukan keutamaannya pada masa sekarang.

"Saya pernah putus cinta beberapa kali sebelum ini dan sekarang fokus saya cuma untuk kerjaya dan membanggakan mama saya. Single is better... lebih baik saya fokus pada kerjaya lakonan yang semakin diterima baik oleh penonton," katanya.

Perkembangan lain pula, Fify terlibat dalam drama terbaharu berjudul 'Ratu Ten Pin' yang kini ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis di saluran Astro Ria (104) pada pukul 11 malam. Menerusi drama terbitan JS Pictures itu, Fify turut tampil dengan watak lasak dan tomboi serta menuntutnya untuk berambut pendek. Selain Fify, Ratu Ten Pin turut dibintangi Nazim Othman, Elisya Sandha, Syaidatul Afifah dan Sheila Rusly.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: