Nama pelakon Rita Rudaini hangat diperkatakan selepas berkongsi pernyataannya yang seolah-olah membawa fahaman anti-vaksin di saat rakyat Malaysia sedang berusaha untuk mencapai imuniti kelompok menerusi program vaksinasi melawan wabak COVID-19.
Menerusi laman Twitter, Rita telah dikecam hebat oleh netizen. Ini berikutan beberapa status yang dimuat naik Rita di laman Instagram Story miliknya di mana dia mendakwa umat Islam kini sudah menjadi 'berpuak-puak' iaitu golongan yang bersetuju untuk divaksin dan anti-vaksin.
Kata Rita, setiap manusia mempunyai hak untuk menolak vaksin dan baginya, seseorang yang tidak mahu disuntik bukanlah bermakna dia seorang anti-vaksin.
Selain itu, Rita tampil menyoal keperluan untuk menyuruh warga emas dalam kalangan ibu-bapa untuk divaksinasi kerana beranggapan mereka ini selalu ditinggalkan jika anak-anak bercuti ke luar negara.
Klik untuk gambar besar
Tambah pelakon filem 'Anak Mami Junior' ini lagi, 'memaksa' ibu-bapa yang uzur ke pusat vaksinasi adalah perbuatan yang berisiko tinggi.
Pernyataan itu sekali gus menimbulkan reaksi yang pelbagai daripada warga maya yang beranggapan Rita tidak boleh mempersoalkan hak orang lain untuk mengambil vaksin serta tidak perlu menguar-uarkan kepada orang ramai untuk menolaknya.
Namun, Rita tampil memberi respon balas setelah beberapa ketika ianya menjadi tular di media sosial dengan mengatakan bahawa terdapat ubat penawar lain yang lebih berkesan untuk merawat wabak tersebut.
________________________
No comments:
Post a Comment