12 July 2021

'DEMAND' VAKSIN PFIZER - IFA RAZIAH NAFI MEMILIH, TAPI MASALAH KESIHATAN



"Miss Diva terpaksa batalkan vaksin hari ini (semalam) kerana tidak dapat suntikan Pfizer di MITEC. Bukannya mengada-ngada tak mahu ambil vaksin. Itu hak kita nak ambil atau tak walaupun sudah disediakan oleh kerajaan Malaysia di dalam aplikasi MySejahtera.

"Cuma, setahu saya kalau di MITEC, mereka akan bekalkan penerima dengan vaksin Pfizer. Tapi, jadi lain pula apabila saya nak Pfizer dan diberi Sinovac," demikianlah kata pelakon dan pengacara sensasi, Ifa Raziah apabila dia dikecam hebat netizen gara-gara bertindak membatalkan janji temu vaksinasinya di saat akhir kerana tidak mendapatkan Pfizer.

Tampil menafikan video yang tular di media sosial, Ifa menjelaskan tindakannya itu tiada kena mengena dengan memilih jenis vaksin.

Menerusi hantaran di TikTok, Ifa berkata dia membatalkan niat mengambil vaksin disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Klik untuk gambar besar



Pada hantaran lain di laman Instagram, Ifa berkata dia bukan sengaja bertindak sebegitu tapi memandangkan vaksin jenis Pfizer saja diyakini sesuai dengan dirinya yang mempunyai masalah kesihatan.

Tambah pelakon drama 'Janda Kosmopolitan' ini lagi, ia bukan soal melancong ke luar negara ataupun kualiti vaksin yang berbeza namun keadaan kesihatannya yang memaksa untuk dia mendapatkan vaksin jenis itu.

Ifa bagaimanapun tidak mendedahkan jenis penyakit yang dihidapinya dan turut menunjukkan sepucuk surat sebagai rujukan untuk mendapatkan vaksin yang bersesuaian sahaja.

Bagaimanapun, yang pasti tindakan berani Ifa itu kurang disenangi netizen. Di kala masih ramai orang yang sukar mendapatkan tarikh janji temu vaksinasi, tapi Ifa pula sanggup bertindak sebaliknya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: