17 July 2021

SEBUT PASAL AYAH EBIT LEW, CAPRICE DESPERATE NAK MASUK GAZA - PEMBANTU PERIBADI



Semua sedia maklum mengenai isu yang melanda antara Caprice dengan Ustaz Ebit Lew yang baru-baru ini hangat diperkatakan selepas penyanyi rap itu meluahkan rasa tak puas hati terhadap pendakwah terkenal terbabit.

Enggan ia terus menjadi persoalan, pembantu dan pengawal peribadi Ustaz Ebit Lew iaitu Arief Farhan tampil menjelaskan perkara sebenar tentang apa yang terjadi di antara majikannya bersama Caprice yang kini sedang berada di Cairo.

Menurut Arief, dia tidak memahami mengapa Caprice seperti tidak berpuas hati dengan Ustaz Ebit sehingga bertindak melemparkan kata-kata sindiran kepada majikannya.

Bagi meleraikan semua spekulasi yang timbul, Arief menjelaskan tiga isu yang berbangkit di antara Caprice dan Ustaz Abit iaitu isu pemberian permainan kepada kanak-kanak susah di Gaza, isu melutut dan mencium kaki menteri Gaza serta isu Ustaz Ebit menyekat akaun Instagram (IG) Caprice.

"Semua orang tahu susah untuk masuk ke Gaza. Hari pertama kami sampai di Mesir, kami terus pergi ke kedutaan Malaysia di Cairo dan orang kedutaan sendiri beritahu dia tak dapat nak tolong. Lepas seminggu kami di sana, Caprice ada mesej ustaz, dia ajak ustaz untuk join dia pergi ke Gaza. Caprice masa tu mengikuti rombongan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia yang selalu masuk ke Palestin. Tapi masa tu ustaz tak balas sebab kami semua tengah tension, stress hari-hari menunggu untuk masuk ke Gaza. Kami hari-hari tawakal, buat bacaan Yasin, solat hajat, qiamulail.

Klik untuk gambar besar



"Lepas dua minggu berada di Mesir, kami hantar nama kepada kerajaan Mesir untuk masuk ke Gaza. Keputusan keluar seminggu lepas tu yang menyatakan kami lulus. Masa tu Caprice dah sampai Mesir, dia ada mesej ustaz kata nak ikut ustaz sekali. Tapi ustaz tak boleh nak buat apa sebab nama semua dah submit. Tapi lepas tu kita kena dapatkan lagi satu kelulusan iaitu daripada pihak tentera untuk urusan menjaga keselamatan.

"Hari ke-34, barulah dapat surat kelulusan untuk masuk ke Gaza dariapad pihak tentera. Isu Caprice ni timbul bila ustaz dah balik dari Gaza. Bila sampai Mesir, Caprice ajak jumpa. Dia datang berborak dengan ustaz, ustaz kongsikan la dapat anugerah Duta Muhibah daripada kerajaan Gaza. Ustaz kongsi cara nak masuk, bagi tips dan semangat. tapi bila Ustaz ajak Caprice makan, dia menolak," ujar Arief menerusi Instagram Live bersama Redha Zaini, pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di Mesir.

Tambah Arief lagi, isu mula tercetus apabila Caprice mula memuat naik IG Story seolah-olah menyindir Ustaz Ebit.

"Bila dah balik Malaysia, bermulalah dia kongsi pasal 'kopiah putih, cash is king'. Tapi masa tu kami tak fikir apa-apa, tak tahu dia tuju kata siapa. Lepas tu kaitkan pulak isu 'acah jadi hero' tapi masa ni ustaz bersangka baik, mungkin dia tuju pada orang lain. Lpeas tu dia dah bagi hint banyak sampailah dia post pasal toys. Situ je dah mengesahkan yang dia menyindir ustaz.



"Lepas tu dia hantar mesej panjang kat ustaz yang pasal dah seminggu dia nak tegur ustaz tu. Ustaz pun manusia biasa ada emosi, ada perasaan. Bila dia sebut pasal ayah, ustaz memang sedih la sebab ayah dia tengah sakit tenat masa tu.

"Pasal isu gambar, ustaz pergi pergi Gaza nak bagi misi bantuan. Tak kan ustaz nak pergi jumpa orang kaya. Mestilah pergi jumpa orang miskin, orang susah. Kenapa Cap nak persoalkan benda tu? Rumah-rumah tu dipilih oleh Palestin Red Cresent, bukannya kita main terjah. Dia cakap orang Gaza semua marah ustaz. Bukan ustaz je amik gambar budak-budak tu. Isu Palestin-Gaza ni dah lama, sebelum ustaz, dah beribu orang amik gambar budak-budak takde kaki, takde tangan. Tapi bila ustaz bagi patung je, terus kena.

"Dia kata nak masuk Gaza, nak bersihkan nama Malaysia. Apa yang ustaz buat sampai kena jadi macam tu. Dia ni macam desperate nak masuk Gaza sangat sampai jadi macam tu. Dia memang tak puas hati, dia koyak sampai sanggup tikam belakang ustaz, jelas Arief.

Caprice turut membangkitkan isu Ustaz Ebit melutut dan mencium kaki menteri luar Gaza untuk dia keluar daripada Gaza. Arief tampil mengulasnya.


"Isu ustaz melutut depan menteri luar Gaza ni, saya tak nampak langsung ustaz melutut, cium kaki macam yang Cap cakap. Saya takut saya terlepas pandang, saya tanya ustaz sendiri betul ke apa yang Cap cakap ni, ustaz kata takde. Ustaz tak akan buat macam tu, saya tahu ustaz macam mana.

"Cap ni desperate nak masuk ke Gaza. Dia jadikan alasan sebab dia tak dapat masuk Gaza, dia kata ustaz buat onar di Gaza menjadi penyebab dia tak dapat masuk. Dia fitnah, sakitkan hati, sindir dan perli ustaz, hati siapa tak terasa. Lepas tu dia expect kita nak layan dia baik.

"Kemudian isu kena block, dah kau sakitkan hati ustaz, sebut pasal ayah dia lagi. Kemudian tuntut ustaz buat permohonan maaf secara terbuka, tak tahu lah apa salah ustaz sampai kena buat permohonan maaf kepada penduduk Gaza," kata Arief.

Beberapa hari yang lalu, Caprice kerap memberi bayangan mengenai satu pendedahan yang akan dibuat mengenai mengapa dia tidak dibenarkan masuk Gaza yang dikatakan berpunca daripada orang berpengaruh. Caprice akan tampil membuat pendedahan tersebut di ruangan IG Live pada Rabu depan, 9 malam waktu Malaysia.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: