17 July 2021

BAPA MENINGGAL DUNIA - INI LUAHAN FADLAN HAZIM



Bapa kandung kepada pelakon Fadlan Hazim iaitu Anuwar Salleh telah meninggal dunia akibat kanser pada Khamis. Berita duka tersebut dikongsikan Fadlan menerusi Instastory. Dalam masa sama, Fadlan, 29, turut memberitahu dia sudah lama tidak bertemu dengan arwah bapanya itu sejak 10 tahun lalu.

"Al-Fatihah buat Anuwar Salleh... sebagai bapa dan anak, kita tak pernah rapat selepas apa yang awak buat kepada saya beberapa tahun sepanjang zaman kecil saya. Dah lebih 10 tahun sejak kali terakhir kita jumpa.

"Saya mahu berjumpa ayah masa dapat berita daripada ibu yang ayah masuk wad akibat kanser. Nak cakap kat ayah, sebagai anak tidak kira apa yang ayah lakukan kepada saya, daripada kecil saya sentiasa cuba untuk impress ayah.

"Sentiasa nak buat ayah rasa bangga mempunyai saya sebagai anak, walaupun ayah tak pernah hargai apa yang saya lakukan dan pada masa yang sama saya tahu ayah berharap mempunyai anak lelaki lain," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Pengurus kepada Fadlan iaitu Aina Liza ketika dihubungi mengesahkan Allahyarham adalah bapa kandung aktor tersebut. Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan kenyataan lanjut mengenai perkara itu gagal apabila Fadlan tidak menjawab panggilan pengurusnya.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri 'KL Gangster: Underworl' ini berkongsi kata-kata arwah yang masih disimpan dalam ingatannya sehingga kini. Fadlan turut meluahkan rasa syukur apabila ibunya maklumkan bahawa arwah kini sudah berubah menjadi orang yang lebih baik.

"Sekali saja you pernah puji I, 'Hazim kalau nak satu benda itu, Hazim akan buat sampai dapat. Hazim takkan putus asa, itu yang Ayah nampak'. Sampai bila-bila takkan lupa ayat itu yang sedikit sebanyak membuatkan saya terus berjalan sehingga ke hari ini.


"Terima kasih. Saya tahu sebelum ayah pergi, ayah dah berubah, ayah menjadi orang yang lebih baik, ibu dan Syakir ada beritahu saya. Tak pernah terfikir sedegil-degil ayah boleh berubah juga akhirnya.

"Alhamdulillah, saya bangga dengan ayah. Tenang la di sana, Insya-Allah kita jumpa lagi. Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah, lindungi arwah daripada seksaan kubur dan menerima segala amalan arwah, amin," ujarnya.

Tahun lalu, Fadlan mendedahkan dia pernah mengalami gangguan mental sejak zaman remaja dan tidak mendapatkan bantuan kerana menganggap keadaan dirinya baik-baik sahaja.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: