17 July 2021

BERGAYA JENAMA MEWAH - AMEERA KHAN DIKECAM LAGI, BERTUDUNG TAPI BAJU KETAT



Nampaknya nama adik kepada pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa iaitu personaliti media sosial terkenal Ameera Khan seklai lagi menjadi sebutan. Ameera baru-baru ini telah berkongsi beberapa keping foto dia kolaborasi bersama jenama mewah, Fendi untuk tatapan peminat serta pengikut laman Instagramnya.

Menerusi hantarannya itu, adik bekas pengacara program 'MeleTop' itu tampil menggayakan gaun santai paras lutut yang digayakan bersama stokin panjang bersama hijab.

Namun apa menarik perhatian warga maya, baju yang digayakan Ameera yang dikenali sebagai Little Miss Khan itu agak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh berikutan gambar yang telah dirakam dari sudut atas.

Klik untuk gambar besar



Menjengah ruangan komen hantaran tersebut, netizen tampil mengkritik tindakan Ameera memuat naik foto tersebut yang didakwa tidak sesuai dengan imej wanita berhijab.

Namun, ada juga yang meninggalkan komen berbaur pujian kepada Ameera yang selalu tampil cantik dalam mengenakan pelbagai busana pakaian. Terdahulu, Ameera tampil memaklumkan bahawa dia kini ingin membawa imej wanita berhijab sehari sebelum majlis pernikahan kakaknya, Neelofa bersama PU Riz.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: