17 July 2021

PENDAM RASA SAKIT MISI JIHAD DICABAR - CAPRICE AMBIL UBAT TIDUR



"Saya sukar tidur... beberapa minggu ini saya ada mengambil ubat tidur tapi sejak akhir-akhir ini sangat sukar. Ada orang tanya saya, mungkinkah ia disebabkan kesihatan mental saya.

"Tapi saya tak fikir sebab kemurungan sebab saya percaya mungkin disebabkan jihad. Sesiapa yang kenal saya selama ini, pertikaikan atau cabar jihad saya... Gaza dan Palestin, something inside me burn.

"Saya minta maaf kerana menjadi gila... ia hanya berlaku jika ada orang cucuk jihad saya atau Gaza," kata penyanyi rap Caprice menerusi perkongsian video di Instastory pada Sabtu.

Maklumat rahsia yang masih membelenggu Caprice mungkin mendorong selebriti berkenaan berdepan kesukaran untuk tidur sejak kebelakangan ini.

Lebih merisaukan apabila Caprice atau atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, terpaksa mengambil ubat dengan kerap bagi membantunya untuk tidur.

Klik untuk gambar besar



Namun tegasnya, pengambilan ubat tersebut tiada kaitan dengan masalah kemurungan sebaliknya ia disebabkan misi jihad yang disertainya di Palestin.

Sejak beberapa hari lalu, Caprice mencetuskan keresahan dalam kalangan netizen apabila memberitahu akan membuat pendedahan penting pada 21 Julai ini.

Kurang seminggu daripada tarikh berkenaan, Caprice muncul dengan kontroversi apabila mendedahkan tentang tegurannya terhadap personaliti dakwah, Ustaz Ebit Lew selepas mendakwa dia menerima rungutan daripada rakyat Gaza tentang cara pendakwah kesayangan ramai berkenaan menghulurkan bantuan.

Dalam pada itu, masalah sukar untuk tidur yang dihadapi Caprice juga mungkin disebabkan dia berkemungkinan besar tidak dibenarkan memasuki Gaza seperti yang dirancang. Untuk rekod Caprice berangkat ke Palestin pada 23 Jun lalu.


"Saya memang tengah sakit sebab selepas satu bulan, saya kena hadap semua benda yang berlaku di Gaza seorang diri dan ia menyakitkan. Kemungkinan besar, kita tak dapat masuk ke Gaza," ujarnya.

Bukan itu sahaja, Caprice turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang sahabatnya yang dipercayai merujuk kepada Ustaz Ebit kerana tidak mengikut perancangan mereka sebelum tiba di negara bergolak itu.

"Saya tak sangka seorang sahabat... kawan saya sendiri tiba-tiba senyap tak boleh beri kerjasama selepas apa yang berlaku di Gaza. Sebelum ini saya tak tahu tapi sekarang saya dah tahu kenapa.

"Memang saya rasa sedih sangat tapi saya harap hubungan kita kembali seperti biasa tanpa campur tangan orang lain. Kalau kita bersama, demi ummah... bayangkan kita masuk Gaza sama-sama.

"You do your charity dan saya rapatkan saf dengan artis, Influencer, cikgu, anak muda dan orang Palestin... ia sangat menakjubkan. Itulah perancangan sebenar. Saya tak nak tunjuk Whatsapp, boleh tanya ustaz sendiri," tuturnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: