17 July 2021

ZOEY BAKAL KAHWIN DENGAN ZARINA?: "ADA SUKA & TIDAK SUKA"



"Kahwin, Insya-Allah. Namun, dalam suasana dan keadaan negara sekarang kena tengok dulu macam mana," itulah kata pelakon dan ahli perniagaan Zoey Rahman menerusi sesi siaran langsung di Instagram, semalam, dimana dia seolah-olah memberi bayangan mahu membawa hubungannya dengan pelakon sensasi Zarina Anjoulie ke fasa lebih serius iaitu perkahwinan.

Sejak kebelakangan ini, pasangan ini dilihat semakin terbuka bercakap mengenai hubungan yang terjalin antara mereka. Ia selepas ada peminat yang menyarankan supaya Zoey dan Zarina berkahwin kerana suka melihat keserasian dan kemesraan mereka.

Zoey ketika dihubungi memberitahu, dia berterima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya dan Zarina.

"Saya sedar, ada suka dan tidak suka. Ia pandangan masing-masing. Saya tidak boleh puaskan hati semua. Bagi yang suka dan sentiasa mendoakan yang baik-baik, terima kasih banyak. Saya juga sentiasa mahukan yang baik-baik saja dalam kehidupan ini termasuk apa juga yang dirancang.

Klik untuk gambar besar



"Kalau ditanya saya soal kahwin, pada usia sekarang sudah selayaknya saya berkahwin. Tapi, mungkin belum ada jodoh. Siapa tahu mungkin ada di antara doa peminat yang dimakbulkan Allah. Jadi, saya harap doakan yang baik-baik saja," ujarnya.

Sementara itu, menerusi petikan video sesi siaran langsung Zarina yang dimuat naik pengguna akaun di aplikasi TikTok, pelakon drama 'Anak Pontianak' itu berkongsi Zoey seorang yang baik dan tidak berkira.

"Jangan bandingkan Zoey dengan bekas saya (bekas suami). Setiap kali kalau kami keluar bersama, dia yang bayar. Tak pernah sekali minta duit saya," jelasnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: