16 July 2021

SELEPAS 3 TAHUN - ISSEY SEDIH TINGGALKAN SURIA FM



"Hari ini hari terakhir saya di Suria FM. Saya sendiri yang memilih untuk tidak menyambung kontrak walaupun sangat sayangkan Suria FM. Namun, saya buat keputusan ini sebab saya ada rancangan sendiri. Kenangan tiga tahun di Suria FM menjadi satu memori indah dan cukup bermakna untuk saya dan adik-beradik di stesn radio itu," kata pelakon dan pelawak, Issey.

Selepas tiga tahun bertugas sebagai penyampai radio Suria FM, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 34, meninggalkan stesen radio tersebut, hari ini. Issey memulakan khidmatnya di stesen radio berkenaan pada 6 Ogos 2018.

Jelas Issey, dia memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya yang berakhir pada 31 Julai ini kerana memiliki perancangan masa depan lain. Mengakui hatinya berat meninggalkan stesen radio itu, dia bagaimanapun bersyukur diberikan peluang keemasan menyertai stesen radio itu yang banyak meninggalkan kenangan indah.

Bagaimanapun, Issey enggan mendedahkan mengenai perancangannya itu, namun berjanji akan berkongsi mengenainya pada masa yang sesuai nanti. Issey yang mengendalikan segmen Team Pagi Suria (TPS) bersama Ajak dan Fizi Ali ke udara kali terakhir, hari ini.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: