16 July 2021

BUAT LAPORAN POLIS - SITI SARAH BERI 'SCAMMER' 48 JAM



"Aku dah banyak bersabar makin sabar makin org pijak!!! Jgn ambil kesempatan dalam kesusahan! Melampau betul niat Sarah nak bantu org tak pasal2 ada org nak jadi scammer!!!!!! Sarah nak si pelaku ni bertanggungjawab bayar balik kerugian mangsa dalam masa 48 jam atau tindakan undang2 akan diambil. Kesian kt pembeli yang dah bayar untuk dapatkan baju dan tudung loveta. Customer complain barang preorder la lambat la, padahal barang memang ready stock je.

"Tambah2 Sekarang ni ramai org susah jdi jangan aniaya. Sarah nk mintak maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut Sarah akan bagi free gift atas kesulitan yg berlaku. … Selama ni mungkin sarah diam org nak tindas ke nak burukkan kita ke nak FITNAH ke sarah diam tapi bila dah melampau macam ni, sarah rasa dah tiba masa jadi lebih tegas.

"Sarah sgt memandang serius perkara ini sebab dah menjejaskan nama baik @lovetahq. Sarah takkan sesekali bg muka kt org yang berniat jahat dan memburukkan nama baik jenama & semua yang berada di bawah jenama sarah . Tahu x Sarah jaga banyak periuk nasi, semua staf, stokis & ejen menjana kewangan dgn bisnes ni, jadi jangan sesekali burukkan jenama ni!! Sarah bagi masa 48 jam untuk dia hubungi team Sarah!" tulis penyanyi dan usahawan, Siti Sarah menerusi laman Instagram miliknya.

Sarah memberikan tempoh 48 jam kepada seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai 'dropship' perniagaan yang diusahakan penyanyi itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas didakwa menipu orang ramai.

Klik untuk gambar besar



Susulan itu, Sarah membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor yang diwakili pegawai pemasaran Loveta Sdn Bhd. Ia selepas pihaknya menerima beberapa mesej peribadi daripada pelanggan di Instagram rasmi LovetaHQ yang masih belum menerima produk dibeli daripada individu yang mendakwa sebagai 'dropship' kepada syarikat miliknya.

Sarah berkata, dia berasa terkilan dan marah apabila ada pihak sanggup mencemarkan nama baiknya dan melakukan perkara tidak bermoral itu. Menurut Sarah, dia tidak menjangka apabila niat baiknya untuk membantu orang lain menjana pendapatan tambahan bertukar menjadi satu platform untuk melakukan penipuan atau 'scammer'.

"Ketika diberitahu oleh pekerja mengenai kejadian yang berlaku ini, saya terus memintanya untuk membuat laporan polis. Bagi saya, apa yang dilakukan wanita ini adalah satu kesalahan yang besar kerana sudah memburukkan nama baik saya.



"Wanita ini dikatakan cuba berdolak-dalik dengan pelanggan yang sudah membeli produk saya sedangkan pihak kami tidak menerima sebarang pesanan daripada 'dropship' ini. Saya ingin tegaskan dia bukan 'dropship' kami. Setakat ini sudah ada empat pelanggan yang tampil mendakwa belum menerima produk yang dibeli daripada wanita ini.

"Justeru saya memberi masa 48 jam untuk wanita ini selesaikan masalah yang dilakukan dan perlu membayar segala kerugian yang ditanggung oleh pelanggan atau tindakan lebih keras akan diambil. Pihak saya ada cuba menghubunginya selepas laporan polis dibuat tapi belum ada sebarang maklum balas.

"Saya usahakan perniagaan Loveta dan Ratasya ini adalah untuk membantu orang di luar sana menjadi dropship atau ejen saya. Saya sanggup keluarkan duit sendiri semata-mata nak ubah nasib mereka tanpa perlu keluar modal yang besar. Saya tekad menjalankan perniagaan ini kerana ada permintaan serta nak kongsi rezeki.



"Saya tak pernah terlintas yang orang akan gunakan saya untuk jadi 'scammer'. Kesabaran saya ada batas. Melihat keadaan sekarang ini ramai yang susah nak makan dan cari duit, tiba-tiba terima berita ada individu yang tergamak menggunakan perniagaan saya untuk menipu orang lain.

"Selama ini orang fitnah saya macam-macam saya diamkan diri tapi tak sangka ia seolah-olah memberi keseronokan kepada orang. Sudah tiba masanya untuk saya lebih tegas kerana saya buat perniagaan ini bukan untuk aniaya orang tapi nak tolong mereka yang benar-benar nak ubah nasib hidup," katanya dalam satu sidang media tergempar yang diadakan secara virtual, petang tadi.

Dalam masa sama, Isteri kepada pelawak dan ahli perniagaan Shuib Sepahtu itu menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu ujian namun kali ini tidak akan berdiam diri.

"Selagi hidup kita tidak akan terlepas daripada perkara buruk, tapi belum sampai tahap tertekan dengan apa yang berlaku. Cuma saya sangat sedih dalam keadaan sekarang perkara ini terjadi. Saya rasa orang sekarang tidak semampu sebelum pandemik Covid-19. Bila ada orang yang sanggup membeli, kita jangan aniaya mereka," ujarnya.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: