21 July 2021

SITI NORDIANA MINTA NASIHAT PEGUAM - NAMA 'DIPETIK' DALAM KONFLIK LAN & SYURA



Pada Selasa malam di sesi Instagram live, penyanyi Lan Solo dan Syura Badron telah mengejutkan ramai pihak dengan pendedahan berkaitan konflik yang berlaku dengan Siti Nordiana.

Susulan itu, pengurus penyanyi itu, Anas Osman yang dihubungi berkata, Siti Nordiana sedang berbincang daripada peguam sebelum memberikan sebarang kenyataan.

"Saya pun baru tahu hal ni, so far saya tak mahu komen apa-apa. Saya sudah beritahu Nana. Nana pun baru tahu dan sekarang dia sedang berbincang dengan peguam dia dahulu sebelum beri kenyataan," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, isteri kepada Lan Solo iaitu Nur Sheila Hashim bersama Syura Badron tampil meluahkan perasaan dan menjawab persoalan berhubung konflik yang berlaku antara mereka dan Siti Nordiana.

Shiela berkata, dia berasa terkilan apabila dikatakan menumpang populariti penyanyi tersebut sehingga sesetengah pihak produksi enggan memberi 'job' kepada mereka.

"Saya dan Lan ambil keputusan untuk unfollow Nana dan Anas manager dia. Cukup kami diburuk-burukkan. Apabila sampai dekat production, kami pula dikatakan fitnah dia.


"Boleh tanya semua, saya tak pernah cerita dekat pihak production mahupun fans club semua pihak. Secara terbuka hari ni saya cerita.

"Saya, Syura dan kawan-kawan lain tak boleh dah. Ada orang DM (mesej langsung) saya kenapa Syura hantar makanan dekat saya sahaja dan tak hantar dekat Nana," ujarnya menerusi siaran langsung itu.

Enggan terus mengeruhkan keadaan, mereka berharap Siti Nordiana tampil menjelaskan apa yang berlaku.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: