21 July 2021

PEMANDU NIA RAMADHANI AKUI TAK DIBAYAR GAJI TAPI ADA UPAH 'TUTUP MULUT'



Semua sedia maklum mengenai pelakon Indonesia, Nia Ramadhani yang kini dihantar ke pusat pemulihan di Bogor bersama suaminya, Ardi Bakrie selepas ditahan ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia atas sebab penyalahgunaan dadah.

Segala maklumat berkaitan dengan Nia pasti akan menjadi perhatian orang ramai, lebih-lebih lagi setelah dirinya terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah baru-baru ini.

Hal yang terbaharu ini datang daripada pemandu Nia bernama Ivan yang sudah bekerja dengannya sejak berumur 13 tahun dan kini sudah berusia 18 tahun berkata dia sangat mengetahui aktiviti majikannya itu bahkan sering hantarnya ke kelab malam dan pernah juga pelakon tersebut tidak membayar gajinya.

Klik untuk gambar besar



Waktu itu Nia Ramadhani dikatakan masih aktif berkunjung ke pusat hiburan hingga awal pagi: "Ada upah tutup mulut," ujar Ivan seperti yang dipetik daripada saluran YouTube Trans TV Offcial

Bagaimanapun kata pemandu itu lagi, semasa itu dia rela untuk tidak dibayar gaji oleh Nia walaupun hakikatnya ketika itu setiap hari Nia mempunyai penggambaran.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: