30 July 2021

"STRESS DITANYA BEGINI" - HAFIZ SUIP SEDIH DITUDUH 'KANCING' AMBIL DADAH



Penyanyi Hafiz Suip sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin kurus dan cengkung. Dek kerana bentuk fizikal tersebut, penyanyi lagu 'Awan Nano' itu sering diajukan soalan negatif kononnya dia mengambil bahan terlarang.

Hafiz, 31, mengakui tertekan dengan telahan seperti itu dan sekali lagi menegaskan dia berada dalam keadaan sihat dan tidak terlibat dalam aktiviti dadah.

"Kalau betul-betul ambil berat, hubungi saya dan tanya secara personal. Bukannya terus menilai dan cakap eh Hafiz kurus... ni mesti kancing ni, ni mesti dadah, ni mesti family tak bagi makan. Macam-macam saya terima! Saya akui stress apabila ditanya begini. Saya manusia biasa... status artis dan nyanyian hanya kerjaya saya.

"Benda tak betul kenapa nak layan... kita tak buat kenapa nak layan? Tapi sebagai selebriti saya hanya mampu terima dan kemam, kalau buka mulut tak baik pula di mata orang," katanya.

Klik untuk gambar besar



Tambah Hafiz yang mempunyai dua orang anak lelaki itu, dia sendiri tertanya-tanya sejauh mana keikhlasan orang ramai mengambil berat tentang keadaan kesihatannya.

"Alhamdulillah apa yang saya boleh katakan, saya sihat. Tapi cuba fikir, kalau anda berada di tempat saya... tertekan tak apabila selalu ditanya soalan yang sama?

"Apa sebenarnya yang orang ambil berat? Sebab asyik tanya tentang sakit. Kita ni manusia, lama-lama boleh jadi mental... kita pun sakit kerana kata-kata tu kan doa," jelasnya lagi.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: