30 July 2021

ASHRAF MUSLIM BERSYUKUR DAPAT SOLAT JUMAAT SELEPAS BERBULAN MENDAFTAR



"Alhamdulilah, semalam saya dapat panggilan jemputan untuk menunaikan solat Jumaat hari ini. Saya bersyukur sangat sebab ini yang saya nantikan. Itu pun selepas mendaftar berbulan-bulan untuk solat Jumaat. Peluang diberikan ini tidak saya lepaskan apatah lagi saya sudah rindu solat jemaah di masjid.

"Tahu tak betapa seronok dan tenangnya hati ini bila ada di sini. Allah Maha Besar, syukur. Siapa yang belum mendaftar untuk solat Jumaat di masjid pergilah daftar. Kita tak tahu rezeki kita macam mana nanti. Insya-Allah, Allah akan permudahkan.

"Hanya yang kita perlu buat usaha, sabar dan berdoa selalu," ujar pelakon Ashraf Muslim yang bersyukur apabila mendapat jemputan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Mu'adz Bin Jabal di Setiawangsa, di sini, selepas mendaftar selama berbulan-bulan.

Klik untuk gambar besar



Ashraf, 40, berkata, peluang diberikan itu tidak sesekali dipersiakan apatah lagi sudah lama tidak menunaikan solat Jumaat. Menerusi hantaran di laman Instagram, Ashraf turut berkongsi amalan sunat yang boleh dilakukan jika datang awal di masjid.

"Jadi, apabila sudah datang awal ini kenalah baca al-Quran dan buat solat sunat banyak-banyak," kata Ashraf yang mempunyai dua orang isteri dan hasil perkahwinan tersebut, dia dikurniakan empat cahaya mata.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: