30 July 2021

IMAN TROYE TERUJA DAPAT VAKSIN PFIZER - NETIZEN TEGUR 'SELUAR SENTENG'



"This girl is on Pfizer! Finally, vaccinated! Alhamdulillah! Take care everyone love u! #vaccinationdone (lepas ni dah boleh terbang)," demikianlah tulis penyanyi Iman Troye yang meluahkan rasa syukur serta berkongsikan keterujaannya apabila menerima suntikan vaksin pertama.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Iman turut memuat naik gambarnya memegang kad vaksin serta memaklumkan menerima vaksin jenis Pfizer.

Namun, disebalik keseronokan tersebut lain yang menjadi perhatian netizen apabila menegur mengenai seluar dipakai Iman yang dilihat singkat dan tidak sesuai dengan imejnya berhijab. Malah, ada peminat mengatakan sudah beberapa kali menegur mengenai aurat kaki.

Dalam pada itu, ada segelintir mempersoalkan apa keperluan untuk memberitahu jenis vaksin yang diperoleh lebih-lebih lagi jika berpeluang mendapat jenis Pfizer. Kata netizen lagi, jika dapat vaksin jenis lain seperti Sinovac pasti tidak akan diberitahu kepada umum.

Klik untuk gambar besar





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: