Gelaran doktor bekas isteri pendakwah Da'i Farhan yang dikenali sebagai Erin sering dipertikaikan oleh ramai orang. Terkini, Erin akhirnya tampil menjelaskan dimana dia mendapat gelaran doktor.
Menurut Erin, gelaran doktor tersebut didapatinya dari Hollis Wellnes Center dan oleh kerana itu namanya tiada dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Drholis Wellness Center nama pusat rawatan yang mengabungkan semua jenis perubatan secara holistic sebab tu nama dia @drhlisw. Ia menyediakan rawatan chiropratic, physiotherapy, naturopathy, hypnotherapy, spiritual energy, electronic medication serta rawatan perubatan Islam.
"Nak cerita semua panjang kaji-kaji la selidik-selidiklah... Jika nak cakap nama saya tiada dalam KKM memang tiada sebab saya tak bekerja dengan KKM dah daftar bawah MMC (Malaysian Medical Council) sebab bukan bidang saya.
"Saya bawah deparment TCM (Traditional & Complementary Medicine), di hospital KKM hanya beberapa hospital je ada TCM department tu Chinese Accupanture, Ayurveda dan Darul Syifa...," jelasnya menerusi akaun Instagram miliknya.
Klik untuk gambar besar
Dalam masa sama, Erin turut mempertikaikan sistem perubatan Malaysia yang dikatakan masih ketinggalan berbanding negara lain.
"Pendek kata pendedahan dan penerimaan sistem perubatan Malaysia masih belum meluas dan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara maju di luar sana yang kebanyakannya dah beralih kepada kaedah holistic medicine.
"Di negara-negara luar sistem penjagaan kesihatan mereka sudah beralih ke arah ketidakbergantungan kepada ubat-ubatan kimia lagi kerana mereka percaya tubuh badan kita mempunyai sifat self-healing.
"Tapi tidak bermakna kita harus menolak terus conventional medicine sedia ada kerana sistem perubatan adalah satu rangkaian yang sepatutnya melibatkan seorang doktor medical, ahli biochemical, ahli bioengineering dan juga alternative practitioners yang mana masing-masing mempunyai kepakaran yang tersendiri dan mempunyai satu matlamat utama iaitu "menyelamatkan nyawa manusia semampunya," katanya.
________________________
No comments:
Post a Comment