08 July 2021

SUAMI & 6 ANAK SERTA 3 PEMBANTU RUMAH REBECCA DISAHKAN POSITIF COVID-19



"Saya sangat sedih sekarang ini dan terlalu berduka cita," itulah kata pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam yang berkongsi berita duka apabila suami dan enam anaknya serta tiga pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19.

Rebecca dalam satu hantaran di laman Instagram memaklumkan, suaminya iaitu Datuk Norazam Sulaiman dan enam anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, 13; Nor Anggun Raverra, 9; Nor Aliff Al Raffael, 5; Nor Ahmet Al Reaggan, 2; dan Nor Aurora Riana, 2; serta tiga pembantu rumahnya iaitu Haishatul Akmal, Nur Ain dan Farrah positif virus itu.

Bagaimanapun Rebecca bersyukur apabila dia dan dua lagi anaknya, Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee disahkan negatif. Rebecca turut memaklumkan tukang kebun serta tiga lagi pembantu rumahnya juga negatif wabak berkenaan.

"Tolong doakan untuk kami sekeluarga. Lebih-lebih lagi kepada suami saya yang agak serius berbanding yang lain. Minta maaf jika ada kontak rapat yang terdekat dalam tempoh tujuh hari ini. Saya harap anda cepat-cepat buat ujian saringan," jelasnya lagi.

Klik untuk gambar besar













         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: