08 July 2021

POSITIF DADAH - WAJAH PUCAT, CENGKUNG NIA RAMADHANI CURI TUMPUAN NETIZEN



Semua sedia maklum mengenai penahanan pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie, selepas positif dadah jenis syabu. Susulan berita tersebut, netizen di laman Instagram mula berkongsi foto terkini pelakon sinetron 'Bawang Merah Bawang Putih' itu yang kelihatan pucat.

Memetik laporan Liputan6, foto memperlihatkan Nia yang memakai baju berwarna merah jambu itu diambil ketika dia merakam video yang dimuat naik di laman Instastory miliknya baru-baru ini.

Tidak sekadar pucat, pipi pelakon yang popular dengan watak 'bawang merah' itu juga kelihatan sangat cengkung dan matanya lesu. Rata-rata netizen mendakwa penampilan terkini Nia yang kelihatan sangat berbeza itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan dadah.

Dalam pada itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus pada Khamis mengesahkan Nia dan suaminya positif dadah jenis Metamfetamina atau syabu menerusi ujian air kencing.

Klik untuk gambar besar



Pasangan itu ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia, turut mengaku mengambil dadah jenis itu sejak lima bulan lalu. Selain pasangan tersebut, pemandu peribadi mereka turut didakwa mengambil syabu selepas ditahan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa.

"Nia dan Ardi mengakui mereka sudah menggunakan dadah selama lima bulan, termasuk pemandu peribadinya. Polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk alat untuk menghisap syabu (bong)," katanya.

Sementara itu, polis turut melakukan ujian terhadap rambut dan darah Nia dan Ardi untuk mengesahkan hasil dari ujian urin mereka. Pihak polis juga masih menyiasat perkembangan kes tersebut dan memburu pihak yang bertanggungjawab mengedar bahan terlarang itu kepada Nia.


"Pasti ramai yang bertanyakan apa motif daripada pelaku ini. Kalau dari maklumat awal ketika pandemik ini si suami isteri berdepan tekanan kerja yang banyak. Itu alasan klasik.

"Tapi kami akan terus menyiasat apa yang diberitahu dan akan menjejak dalang di sebaliknya. Apa kemungkinan dia juga membekalkannya kepada artis atau public figure lain," ujarnya.

Terdahulu, hiburan Indonesia gempar dengan berita penahanan Nia Ramadhani dan suaminya yang didakwa berkaitan penyalahgunaan dadah. Menurut laporan CNN, penangkapan pasangan ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus pada Khamis.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: