22 July 2021

TAK PATUH SOP - POLIS ARAH TIGA LORI BANTUAN EBIT LEW BERPATAH BALIK



"Mengikut SOP MKN, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pergerakan bantuan bencana atau misi kemanusiaan, namun lori terbabit diarah untuk berpatah bali kerana tiada sebarang dokumen bagi tujuan tersebut," kata Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar.

Superintendan Zaiham melaporkan bahawa tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu telah diarahkan untuk berpatah balik kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Difahamkan, tiga buah lori berkenaan tidak mempunyai dokumen kebenaran daripada pihak berkuasa. Menurut Superintendan Zaiham, lori seberat tiga tan setiap satu itu membawa barang bantuan daripada pasukan misi kemanusiaan milik pendakwah terkenal, Ebit Lew menuju ke pantai timur dan ditahan dalam sekatan jalan raya di Bentong, Pahang, pagi tadi.

Klik untuk gambar besar



Zailam yang dihubungi sebuah tabloid media turut memaklumkan bahawa pemandu ketiga-tiga buah lori berkenaan akur dengan arahan tersebut dan tiada kompaun dikenakan.

Terdahulu, Ebit Lew menerusi sebuah hantaran di Instagramnya ada mengemaskini perkembangan mengenai bantuan kemanusiaan sebanyak 10 buah lori yang akan bergerak ke seluruh Malaysia bagi menghantar keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: